1 ICU

1 ICU
1 Hati 1 Fikiran 1 Tindakan.

Piagam Pelanggan

Piagam Pelanggan
Janji ICU JPM.

Direktori Pegawai

Direktori Pegawai
Maklumat Pegawai.

Tender / Sebutharga

Tender / Sebutharga
Muat Turun Borang.

MAJLIS PENYERAHAN BANTUAN RAKYAT 1MALAYSIA (BR1M) 2015 PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG PADA 17 JANUARI 2015

PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP

Pada 17 Januari 2015 (Sabtu) Pejabat Pembangunan Persekutuan Pulau Pinang dengan kerjasama Majlis Pembangunan Pertanian Parlimen Permatang Pauh telah menganjurkan Majlis Perdana Penyampaian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2015 Peringkat Negeri Pulau Pinang di Sekolah Menengah Kebangsaan Permatang Pasir. Majlis ini telah dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Zainal Abidin bin Osman, Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Pulau Pinang (MTPNg) dan turut dihadiri oleh YBhg Datuk Mohd Zaidi bin Said, Pengerusi Majlis Pembangunan Pertanian Parlimen Permatang Pauh, Tuan Syed Shaari bin Syed Abdullah, Pegawai Kemajuan Negeri Pulau Pinang, YB. Dato’ Mahmud bin Zakaria, ADUN Sungai Acheh, YB. Shariful Azhar bin Othman, ADUN Bertam, YBhg. Datuk Musa bin Shaikh Fadzir, Pengerusi Majlis Pembangunan Pertanian Parlimen Bukit Mertajam, YBrs. Encik Mohd Noor bin Ahmad, Pengerusi Pembangunan Pertanian Parlimen Batu Kawan dan Ketua-Ketua Jabatan Persekutuan Pulau Pinang. Bagi Kawasan Parlimen Permatang Pauh, seramai 751 penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2015 menerima Baucar BR1M bagi Kategori isi rumah dan warga emas pada majlis itu. Sebanyak 7 kaunter Bank Bergerak disediakan oleh Bank Simpanan Nasional (BSN) bagi penebusan Baucar. Pada tahun ini seramai 279,174 penerima BR1M di negeri Pulau Pinang yang mempunyai akaun bank menerima terus bantuan berkenaan dalam akaun mereka manakala seramai 14,708 penerima fasa pertama negeri pulau pinang yang tidak mempunyai akaun bank. Agihan kepada penerima yang tidak mempunyai akaun itu akan dilakukan oleh pemimpin di kawasan parlimen masing-masing secara berperingkat.

Sumber : Seksyen Pembangunan Masyarakat & Institusi

Tarikh Kemaskini : 23 Januari 2015