1 ICU

1 ICU
1 Hati 1 Fikiran 1 Tindakan.

Piagam Pelanggan

Piagam Pelanggan
Janji ICU JPM.

Direktori Pegawai

Direktori Pegawai
Maklumat Pegawai.

Tender / Sebutharga

Tender / Sebutharga
Muat Turun Borang.

PERARAKAN DAN SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 2015/1436H PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG

PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP

Pada 3 Januari 2015 / 12 Rabiulawal 1436H, Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Pulau Pinang (MTPNgPP) telah menganjurkan Perarakan dan Majlis Sambutan Maulidur Rasul 2015/1436H Peringkat Negeri Pulau Pinang yang diadakan di Universiti Sains Malaysia (USM), Gelugor, Pulau Pinang. Dengan bertemakan ‘Perpaduan Nadi Transformasi Negara’ yang membawa maksud satu ummah bergabung membuat satu perubahan yang baik kepada negara. Tujuan majlis ini diadakan sempena memperingati satu peristiwa penting anugerah Allah kepada seluruh manusia iaitu kelahiran Nabi Muhammad SAW. Majlis ini telah dirasmikan oleh YB Dato’ Seri Reezal Merican bin Naina Merican, mewakili Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Pulau Pinang yang turut dihadiri oleh Tuan Syed Shaari bin Syed Abdullah, Pegawai Kemajuan Negeri, Ketua-Ketua Jabatan/Agensi Persekutuan, Pemimpin-Pemimpin Persekutuan Tempatan, Pengerusi-Pengerusi Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan masyarakat tempatan. Sambutan yang diberikan amat menggalakkan di mana bilangan peserta yang menyertai Perarakan Sambutan Maulidur adalah melebihi 10,000 orang yang melibatkan 153 kontinjen. Antara kontinjen yang mengambil bahagian dalam perarakan adalah terdiri daripada 26 Jabatan/Agensi Persekutuan, 18 Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan 109 Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP). Laluan perarakan sejauh 2.3 km bermula dari Padang Kawad USM dan berakhir di Dewan Tuanku Syed Putra, USM untuk sesi Perasmian dan Ceramah Agama. Ceramah Agama yang bertajuk Memelihara Agama Demi Perpaduan Ummah Dan Menangani Ujian Dan Musibah yang disampaikan oleh YBhg Ustaz Harryanto Rizal.

Sumber : Seksyen Pembangunan Masyarakat & Institusi

Tarikh Kemaskini : 6 Januari 2015