1 ICU

1 ICU
1 Hati 1 Fikiran 1 Tindakan.

Piagam Pelanggan

Piagam Pelanggan
Janji ICU JPM.

Direktori Pegawai

Direktori Pegawai
Maklumat Pegawai.

Tender / Sebutharga

Tender / Sebutharga
Muat Turun Borang.

SHOWCASE SATU DAERAH SATU INDUSTRI (SDSI) PERINGKAT NASIONAL TAHUN 2014
PADA 4 HINGGA 7 DISEMBER 2014

PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP

Showcase SDSI Peringkat Nasional tahun 2014 yang diadakan di MITC, Melaka merupakan acara tahunan yang dianjurkan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa & Industri (MITI) dan disertai oleh semua negeri termasuk agensi-agensi yang terlibat dengan pembangunan keusahawanan khususnya program SDSI. Showcase ini telah diadakan selama 4 hari bermula 4 hingga 7 Disember 2014. Jawatankuasa SDSI Peringkat Negeri Pulau Pinang yang dianggotai oleh Pejabat Pembangunan Persekutuan Pulau Pinang, Lembaga Kemajuan Wilayah Negeri Pulau Pinang (PERDA), Bahagian Penyelarasan Penyertaan Bumiputra Pulau Pinang, MARA, FAMA, Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Pulau Pinang, Jabatan Pertanian Negeri Pulau Pinang, LKIM Pulau Pinang dan KEMAS Pulau Pinang Telah bersetuju untuk menghantar 18 usahawan SDSI Daripada pelbagai latar belakang perniagaan untuk menyertai showcase kali ini.Usahawan yang terlibat ialah Mutiara Mangga Enterprise (Jeruk), Ainasari Enterprise (Keropok Segera / Kerepok Lekor), DFN Jitu (Frozen Food), Cemara Food Industries Sdn. Bhd (Cip Nenas & Cip Nangka), Azliz Enterprise (Dadih Segera), D’Qis Enterprise (Acar Buah / Acar Ikan), Jati Indah Mulia Enterprise (Perabot / Produk Kayu Jati), Jago Mutiara Enterprise (Capal), Perniagaan Terang Bulan (Kopi Pra Campuran), D’Anny Enterprise (Biskut Tambun), MTC Advanced Marketing Sdn. Bhd. (Produk Berasaskan Madu), ABM Zulaikha (Songkok), Perusahaan Pandai Besi (Produk Hasilan Besi), Perniagaan Fajar Menyinsing (Kopi Kampung), Nature Agrotech Sdn. Bhd. (Minuman Isotonik), Khaiross Imani (Produk Sulaman), Agrowbionest Sdn. Bhd. (Produk Berasaskan Sarang Burung Walit) dan Humaira Design (Pakaian Muslimah). Showcase SDSI kali ini telah dirasmikan oleh YB Dato’ Sri Mustapa Mohamed, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri pada 6 Disember 2014 manakala Majlis Penutup pula Telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Hamim Samuri pada 7 Disember 2014. Sepanjang program berlangsung, para Usahawan berpeluang mempromosi dan memasarkan produk masing-masing dengan lebih meluas di samping mewujudkan jaringan kerjasama baru dengan pelbagai pihak. Showcase ini turut menerima kunjungan daripada pelbagai lapisan masyarakat dari seluruh negara yang ingin melihat dengan lebih dekat produk yang Dihasilkan oleh usahawan tempatan. Pavilion Negeri Pulau Pinang Berjaya mencatatkan jumlah jualan produk sebanyak RM96,414.00 Secara keseluruhan manakala usahawan produk kayu jati iaitu Syarikat Jati Indah Mulia Enterprise memenangi Tempat Pertama bagi Kategori Produk Hasil Rimba Kayuan dan memenangi hadiah wang tunai sebanyak RM3,500.00.

Sumber : Seksyen Kesejahteraan Rakyat

Tarikh Kemaskini : 12 Disember 2014