1 ICU

1 ICU
1 Hati 1 Fikiran 1 Tindakan.

Piagam Pelanggan

Piagam Pelanggan
Janji ICU JPM.

Direktori Pegawai

Direktori Pegawai
Maklumat Pegawai.

Tender / Sebutharga

Tender / Sebutharga
Muat Turun Borang.

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN PEJABAT PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN PULAU PINANG PADA 9 DISEMBER 2014

PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP

Pada 9 Disember 2014, satu Majlis Perhimpunan Bulanan telah diadakan di Bilik Anjung Putra, Pejabat Pembangunan Persekutuan Pulau Pinang (5P). Majlis Perhimpunan Bulanan kali ini merupakan perhimpunan bulanan yang terakhir bagi tahun 2014. Majlis ini telah dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku dan lagu Perkhidmatan Awam yang diiringi oleh Kumpulan Koir 5P. Kemudiannya, disusuli pula dengan persembahan montaj dari Seksyen Khidmat Pengurusan yang menceritakan program dan majlis rasmi yang telah dianjurkan dengan jayanya oleh 5P sepanjang tahun 2014. Dalam ucapan perasmiannya, YBrs. Tuan Syed Shaari bin Syed Abdullah, Pegawai Kemajuan Negeri Pulau Pinang menyeru supaya semua pegawai dan kakitangan 5P meningkatkan lagi prestasi kerja pada tahun 2015. Disamping itu juga, beliau turut mencadangkan agar setiap program dan aktiviti yang dirancang pada tahun 2015 mestilah dalam bidang perkhidmatan teras 5P. Beliau turut mengucapkan tahniah kepada semua warga 5P kerana telah mencapai Key Performance Indicator (KPI) yang telah dirancang pada tahun 2014 dan berharap semua warga 5P dapat mengekal pencapaian ini pada tahun 2015. Di majlis ini juga, satu taklimat zakat telah disampaikan oleh Encik Mohamad Fuad Bin Md Isa, Penolong Pengurus Besar, Jabatan Kutipan Dan Pemasaran, Zakat Pulau Pinang. Taklimat ini mengkhususkan kewajipan menunaikan zakat pendapatan dan cara-cara pengiraannya.

Sumber : Seksyen Khidmat Pengurusan

Tarikh Kemaskini : 10 Disember 2014