1 ICU

1 ICU
1 Hati 1 Fikiran 1 Tindakan.

Piagam Pelanggan

Piagam Pelanggan
Janji ICU JPM.

Direktori Pegawai

Direktori Pegawai
Maklumat Pegawai.

Tender / Sebutharga

Tender / Sebutharga
Muat Turun Borang.

PROGRAM SENTUHAN KASIH PARLIMEN PERMATANG PAUH PADA 23 NOVEMBER 2014

PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP

Pada 23 November 2014, Pejabat Pembangunan Persekutuan Pulau Pinang dengan kerjasama Agensi-Agensi Persekutuan telah menganjurkan Program Sentuhan Kasih Parlimen Permatang Pauh yang diadakan di perkarangan Sekolah Menengah Agama Faiqiah Daimiah. Program ini telah dirasmikan oleh YBhg Datuk Mohd Zaidi bin Mohd Said, Pengerusi Majlis Pembangunan Pertanian Parsekutuan Parlimen Permatang Pauh. Objektif utama Program ini diadakan adalah untuk menggerakkan masyarakat di peringkat kampung secara sistematik dan tersusun. Program ini juga bertujuan memberi bantuan kepada golongan miskin di kawasan Parlimen Permatang Pauh. Antara bantuan yang disampaikan adalah Bantuan Sewa Rumah dan sumbangan Food Basket kepada 5 orang penerima oleh Pejabat Pembangunan Persekutuan Pulau Pinang, Bantuan Pendawaian Elektrik untuk 7 orang penerima yang dilaksanakan oleh GIATMARA, sumbangan wang tunai dan hamper kepada 100 orang terdiri daripada pesara tentera, polis dan guru serta sumbangan kerusi roda kepada 6 orang penerima. Seramai 5 orang penerima menerima bantuan kewangan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat. Sambutan yang diberikan amat menggalakkan dengan kehadiran kira-kira 1000 orang yang mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti. Sebanyak 30 kampung mengambil bahagian dalam pertandingan memasak ‘Bubur Asyura Perdana’ melibatkan masyarakat kampung sekitar Parlimen Permatang Pauh yang dimenangi oleh Kampung Sri Tanjung. Orang ramai yang hadir diberikan perkhidmatan pemeriksaan kesihatan secara percuma oleh Pejabat Kesihatan Daerah Seberang Perai Tengah dan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Negara (LPPKN). Selain itu Program gotong-royong mengecat rumah Encik Ahmad Rawang bin Abdul Hamid yang terletak di Permatang Tengah, Permatang Pauh dilaksanakan oleh Rakan Muda, Jabatan Belia dan Sukan bersama-sama Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Pulau Pinang. Program ini juga memberi ruang kepada kanak-kanak daripada TABIKA KEMAS sekitar Parlimen Permatang Pauh mengasah bakat dalam pertandingan mewarna yang melibatkan seramai 100 orang peserta.

Sumber : Seksyen Pembangunan Masyarakat & Institusi

Tarikh Kemaskini : 25 November 2014