1 ICU

1 ICU
1 Hati 1 Fikiran 1 Tindakan.

Piagam Pelanggan

Piagam Pelanggan
Janji ICU JPM.

Direktori Pegawai

Direktori Pegawai
Maklumat Pegawai.

Tender / Sebutharga

Tender / Sebutharga
Muat Turun Borang.

PROGRAM MOBILE TEAM PEJABAT PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN PULAU PINANG PADA 23 OKTOBER 2014

PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP

Pada 23 Oktober 2014, Pejabat Pembangunan Persekutuan Pulau Pinang (PPPPP) telah mengadakan lawatan mobile team ke rumah Ketua Isi Rumah (KIR) eKasih iaitu Puan Zainab bt Othman bertempat di No. 2511, Kg Telok, Sg Dua, Pulau Pinang. Lawatan ini turut disertai YB Muhamad Yusof bin Hj Mohd Noor , ADUN Kawasan Sg Dua. Sempena lawatan tersebut, PPPPP dan YB ADUN telah menyerahkan sumbangan berupa bakul makanan (food basket), lampin pakai buang dan sumbangan ehsan bagi meringankan beban keluarga tersebut. KIR merupakan seorang warga emas terlantar manakala tiga orang anak beliau merupakan Orang Kurang Upaya (OKU) terlantar yang dipelihara oleh seorang lagi anak KIR iaitu Azizah bt Mohamad. Pelaksanaan program mobile team ini adalah selaras dengan keputusan Mesyuarat Majlis Tindakan Negara yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri bertujuan melakukan verifikasi dan penyaluran bantuan secara terus kepada golongan miskin atau miskin tegar terutama di kawasan luar bandar dan estet yang memerlukan bantuan dan perhatian Kerajaan Persekutuan. Pelaksanaan program mobile team ini menggunakan pendekatan outreach di mana jabatan / agensi Kerajaan Persekutuan akan turun padang mendekati masyarakat yang kurang bernasib baik untuk menyalurkan bantuan yang bersesuaian.

Sumber : Seksyen Kesejahteraan Rakyat

Tarikh Kemaskini : 27 Oktober 2014