1 ICU

1 ICU
1 Hati 1 Fikiran 1 Tindakan.

Piagam Pelanggan

Piagam Pelanggan
Janji ICU JPM.

Direktori Pegawai

Direktori Pegawai
Maklumat Pegawai.

Tender / Sebutharga

Tender / Sebutharga
Muat Turun Borang.

LAB PENYEDIAAN PROJEK-PROJEK KECIL FIZIKAL PERUNTUKAN KERAJAAN PERSEKUTUAN BAGI
NEGERI PULAU PINANG UNTUK TAHUN 2015

PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP

21 Oktober 2014 (Selasa), Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Pulau Pinang telah mengadakan satu sesi Lab Penyediaan Projek-Projek Kecil Fizikal Peruntukan Kerajaan Persekutuan Bagi Negeri Pulau Pinang Untuk Tahun 2015 yang dirasmikan oleh Pegawai Kemajuan Negeri Pulau Pinang, Tuan Syed Shaari bin Syed Abdullah. Sesi Lab ini bermula seawal jam 9.30 pagi dan berakhir pada jam 12.30 tengahari yang dihadiri oleh semua Pemimpin-Pemimpin Kerajaan Persekutuan, Jabatan-Jabatan dan Agensi Kerajaan Persekutuan, Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan di Negeri Pulau Pinang. Tujuan Lab Penyediaan Projek-Projek Kecil Fizikal Peruntukan Kerajaan Persekutuan ini diadakan adalah bagi mengenalpasti projek-projek 2015 yang boleh dilaksanakan. Selain itu juga, Lab ini bertujuan untuk memastikan bahawa tidak berlakunya sebarang pertindihan di dalam pelaksanaan projek di pelbagai peringkat pelaksanaan iaitu di peringkat Kerajaan Persekutuan, Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan. Sehubungan dengan itu melalui Lab ini, agensi pelaksana dapat memastikan bahawa projek-projek yang disenaraikan adalah projek-projek yang dapat memberi manfaat dan impak kepada rakyat serta dapat menyelesaikan segera isu-isu yang berbangkit yang boleh menjejaskan kesejahteraan rakyat setempat.

Sumber : Seksyen Projek Khas

Tarikh Kemaskini : 27 Oktober 2014