1 ICU

1 ICU
1 Hati 1 Fikiran 1 Tindakan.

Piagam Pelanggan

Piagam Pelanggan
Janji ICU JPM.

Direktori Pegawai

Direktori Pegawai
Maklumat Pegawai.

Tender / Sebutharga

Tender / Sebutharga
Muat Turun Borang.

PROGRAM ASPIRASI WANITA UNGGUL PERINGKAT PARLIMEN BALIK PULAU PADA 28 SEPTEMBER 2014

PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP

Pada 28 September 2014 (Ahad) Program Aspirasi Wanita Unggul Peringkat Parlimen Balik Pulau telah diadakan bertempat di Maktab Rendah Sains MARA, Balik Pulau. Program ini telah dirasmikan oleh YB Dato’ Seri Dr Haji Hilmi Bin Haji Yahaya,Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia merangkap Ahli Parlimen Balik Pulau. Objektif utama program Aspirasi Wanita Unggul diadakan adalah untuk melahirkan masyarakat sekitar yang cergas, aktif dan sihat. Di samping itu, program ini juga bertujuan memupuk kesedaran di kalangan wanita supaya menjadikan amalan gaya hidup sihat sebagai asas dan teras dalam kehidupan seharian. Sambutan yang diberikan adalah amat menggalakkan dengan kehadiran seramai 500 orang. Daripada jumlah tersebut seramai 25 orang layak mendaftar untuk melakukan ujian saringan mammogram. Manakala seramai 193 orang telah melakukan pemeriksaan kesihatan 11 Organ dan 165 orang pula telah menjalani pemeriksaan kanser payudara yang ditawarkan oleh Syarikat EIT Screentech Sdn. Bhd. Orang ramai yang hadir diberikan perkhidmatan pemeriksaan kesihatan secara percuma oleh Lembaga Penduduk dan Pembangunan Negara (LPPKN). Selain itu, ceramah khas berkenaan cara-cara untuk menangani anak remaja yang berisiko terhadap pengambilan dadah turut disampaikan oleh Encik Mexnuel Pinus, Penolong Pegawai Anti Dadah, Agensi Anti Dadah Pulau Pinang. Memandangkan wanita sering menjadi sasaran terhadap kes-kes jenayah, program ini turut mengundang Master Saiful daripada Akademi Kick Start bagi demonstrasi pertahanan diri yang boleh dipraktikkan dalam kehidupan seharian. Selain itu, Jabatan Pembangunan Wanita turut menyediakan kaunter pendaftaran untuk Ibu Tunggal secara percuma dan berpeluang memperoleh pelbagai informasi melalui pameran pada hari tersebut. Sebuah ceramah khas yang memberi penekanan terhadap Bahaya Kanser Payudara turut disampaikan oleh Dr. Azura Binti Abdullah, Pegawai Perubatan Pejabat LPPKN Pulau Pinang.

Sumber : Seksyen Pembangunan Masyarakat Dan Institusi

Tarikh Kemaskini : 2 Oktober 2014