1 ICU

1 ICU
1 Hati 1 Fikiran 1 Tindakan.

Piagam Pelanggan

Piagam Pelanggan
Janji ICU JPM.

Direktori Pegawai

Direktori Pegawai
Maklumat Pegawai.

Tender / Sebutharga

Tender / Sebutharga
Muat Turun Borang.

MAJLIS PERASMIAN MASJID MAQBUL TELUK KUMBAR, PULAU PINANG PADA 19 SEPTEMBER 2014

PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP

Pada hari Jumaat, 19 September 2014 bersamaan 24 Zulkaedah 1435H, Majlis Perasmian Masjid Maqbul, Teluk Kumbar, Pulau Pinang telah diadakan dan disempurnakan oleh Tuan Yang Terutama Tun Dato' Seri Utama (Dr.) Haji Abdul Rahman bin Haji Abbas, Yang Di-Pertua Negeri Pulau Pinang. Turut hadir dan berucap di majlis tersebut adalah YB Dato' Seri Dr. Hilmi Bin Haji Yahaya,Timbalan Menteri Kesihatan merangkap Ahli Parlimen Balik Pulau serta Timbalan Pengerusi Qaryah Masjid Maqbul Teluk Kumbar. Projek ini telah diluluskan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri Malaysia semasa Lawatan Turun Padang Ke Parlimen Balik Pulau pada 18 Februari 2012 dengan peruntukan sebanyak RM 5.0 juta. Manakala peruntukan JHEAIPP adalah sebanyak RM 1.0 juta. Projek ini dilaksanakan sepenuhnya oleh Seksyen Teknikal, PPPPP. Tempoh pelaksanaan projek adalah selama 22 bulan bermula pada 15 Oktober 2012 dan siap sepenuhnya pada 15 Ogos 2014. Masjid yang serba indah ini mampu memuatkan kira-kira 1,500 orang jemaah pada satu-satu masa dengan keluasan 2,187 meter persegi. Dua hari sebelum majlis perasmian, satu Majlis Penyerahan Projek Siap telah diadakan pada 17 September 2014. Dokumen Penyerahan Projek Siap telah ditandatangani oleh Pegawai Kemajuan Negeri Pulau Pinang dan wakil Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang dengan disaksikan oleh Timbangan Pengerusi Qaryah Masjid, JHEAIPP dan YB ADUN Bayan Lepas.

Sumber : Seksyen Projek Khas

Tarikh Kemaskini : 23 September 2014