1 ICU

1 ICU
1 Hati 1 Fikiran 1 Tindakan.

Piagam Pelanggan

Piagam Pelanggan
Janji ICU JPM.

Direktori Pegawai

Direktori Pegawai
Maklumat Pegawai.

Tender / Sebutharga

Tender / Sebutharga
Muat Turun Borang.

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN PEJABAT PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN PULAU PINANG PADA 18 SEPTEMBER 2014

PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP

18 September 2014 – Satu Majlis Perhimpunan Bulanan telah diadakan di Bilik Anjung Putra, Pejabat Pembangunan Persekutuan Pulau Pinang. Majlis Perhimpunan Bulanan ini merupakan acara rasmi 5P yang dihadiri oleh seluruh warga kerja 5P. Majlis ini telah dimulakan dengan nyanyian lagu negaraku dan lagu perkhidmatan awam yang diiringi oleh kumpulan koir 5P. Kemudiannya, disusuli pula dengan Persembahan Khas Kemerdekaan yang disampaikan oleh pegawai dan kakitangan Seksyen Kesejahteraan Rakyat. Dalam ucapan perasmiannya, YBrs. Tuan Syed Shaari bin Syed Abdullah, Pegawai Kemajuan Negeri Pulau Pinang mengingatkan bahawa semua pegawai dan kakitngan 5P memperkukuhkan disiplin, etika kerja dan integriti dalam menjalankan tugas seharian. Para pegawai dan kakitangan 5P juga diingatkan supaya sentiasa membudayakan amalan penjimatan dalam urus tadbir harian jabatan dengan mematuhi peraturan dan langkah-langkah perbelanjaan berhemat sektor perkhidmatan awam. Pada kemuncak majlis ini, Tuan Pegawai Kemajuan Negeri telah menyempurnakan pelancaran logo Kelab Kebajikan Pejabat Pembangunan Persekutuan Pulau Pinang dengan menyerahkan replika logo kepada Encik Ibrahim Bin Yusof selaku presiden kelab dan disertai juga dengan penyampaian sumbangan peralatan audio visual kepada Jabatan Penerangan Pulau Pinang untuk kegunaan majlis rasmi. Di majlis ini, satu taklimat integriti telah disampaikan oleh Encik Azuar Shahnaz Bin Abdul Aziz, Ketua Penolong Pengarah Seksyen Khidmat Pengurusan selaras dengan saranan Tuan Pegawai Kemajuan Negeri supaya warga 5P memperkukuhkan disiplin, etika kerja dan integriti dalam menjalankan tugas seharian.

Sumber : Seksyen Khidmat Pengurusan

Tarikh Kemaskini : 18 September 2014