1 ICU

1 ICU
1 Hati 1 Fikiran 1 Tindakan.

Piagam Pelanggan

Piagam Pelanggan
Janji ICU JPM.

Direktori Pegawai

Direktori Pegawai
Maklumat Pegawai.

Tender / Sebutharga

Tender / Sebutharga
Muat Turun Borang.

PROGRAM AMBANG MERDEKA PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG KALI KE-57 PADA 30 OGOS 2014

PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP

Pada 30 Ogos 2014, Program Ambang Merdeka Peringkat Negeri Pulau Pinang Kali Ke-57 telah diadakan di Kawasan Rehat Dan Rawat Lingkaran Luar Butterworth, Bagan Ajam (R&R BORR). Program ini telah dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Zainal Abidin Bin Osman, Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri (MTPNg) Pulau Pinang. Turut Hadir ialah YB. Dato’ Hjh. Jahara bt. Hamid, Adun Telok Ayer Tawar, YB. Dato’ Mahmud bin Zakaria, Adun Sungai Acheh, YB. Tuan Mohd. Zain bin Ahmad, Adun Penaga, YB. Tuan Haji Shariful Azhar bin Othman, Adun Bertam, YB. Dato’ Haji Farizan bin Darus, Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang, YBrs. Tuan Syed Shaari Bin Syed Abdullah, Pegawai Kemajuan Negeri Pulau Pinang, Ketua-ketua Jabatan Persekutuan Pulau Pinang, Para Pemimpin Tempatan Persekutuan Pulau Pinang dan rakyat negeri Pulau Pinang yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat. Pelbagai program telah dianjurkan antaranya Persembahan Pidato, Persembahan Muzik Irama Nada, Persembahan Boria, Bacaan Puisi, Persembahan Koir, Persembahan Pentomime dan banyak lagi. Kemuncak kepada program ini, satu upacara menaikkan bendera oleh Rejimen 509 Pulau Pinang dan persembahan koir dengan tajuk lagu “Tanggal 31 Ogos” oleh Sekolah Tinggi Bukit Mertajam telah diadakan sejurus menjelang detik 12 malam. Dalam ucapan perasmian, Pengerusi MTPNg turut menyentuh mengenai perpaduan dan menyampaikan pesanan kepada hadirin supaya memahami prinsip Rukunegara dan Demokrasi berdasarkan Raja Berperlembagaan. Melalui dua prinsip inilah yang menjelaskan kepada dunia bahawa Negara Malaysia yang kita cintai ini adalah bebas Merdeka dan berdaulat. Kedaulatan negara wajib kita junjung. Kita mempunyai kuasa dalam mentadbir, memerintah dan menentukan sendiri hala tuju negara.Kita juga wajib untuk terus memelihara dan mempertahankan perkara-perkara berkaitan Raja-Raja Melayu, kedudukan Agama Islam, serta keistimewaan Melayu dan Bumiputera, seperti mana yang telah diwarisi oleh nenek moyang kita yang terdahulu dan termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Sumber : Seksyen Khidmat Pengurusan

Tarikh Kemaskini : 4 September 2014