1 ICU

1 ICU
1 Hati 1 Fikiran 1 Tindakan.

Piagam Pelanggan

Piagam Pelanggan
Janji ICU JPM.

Direktori Pegawai

Direktori Pegawai
Maklumat Pegawai.

Tender / Sebutharga

Tender / Sebutharga
Muat Turun Borang.

LAWATAN PROJEK MESRA RAKYAT PARLIMEN TASEK GELUGOR PADA 20 OGOS 2014

PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP

Pejabat Pembangunan Persekutuan Pulau Pinang dengan kerjasama Ahli Parlimen Kawasan Tasek Gelugor, YB Datuk Shabudin bin Yahya telah mengadakan Lawatan Turun Padang bagi meninjau progres kerja 6 projek yang diluluskan di bawah peruntukan Projek Mesra Rakyat Parlimen Tasek Gelugor. 6 projek yang telah dipilih adalah projek-projek pembangunan modal insan dan pendidikan serta meningkatkan taraf ekonomi nelayan sungai dan agro pelancongan di kawasan Parlimen Tasek Gelugor. Lawatan dimulakan dengan meninjau perkembangan projek di DUN Permatang Berangan iaitu Membina Dewan Terbuka SK Pengkalan Jaya diikuti dengan Projek Membina Jeti Nelayan Sungai Labuh Banting. Lawatan diteruskan ke DUN Sungai Dua dengan melihat sendiri perkembangan projek Menaiktaraf Jeti Pengkalan Machang serta Membina Dewan Terbuka SK Permatang Tok Jaya. Seterusnya, rombongan lawatan ke Projek Membina Dewan Terbuka SK Teluk Air Tawar dan Projek Mengecat SJKC Aik Keow di DUN Teluk Air Tawar. YB Datuk Shabudin telah meluangkan masa kira-kira 20 minit bagi setiap projek yang dilawati untuk mendapatkan maklumbalas daripada pemohon projek serta meninjau kualiti serta skop projek. Kesemua pemohon projek merakamkan ucapan terima kasih kerana Projek Mesra Rakyat telah memberikan kemudahan asas kepada penduduk di kawasan Parlimen Tasek Gelugor dan dalam masa yang sama meningkatkan taraf ekonomi masyarakat setempat.

Sumber : Seksyen Projek Khas

Tarikh Kemaskini : 25 Ogos 2014