1 ICU

1 ICU
1 Hati 1 Fikiran 1 Tindakan.

Piagam Pelanggan

Piagam Pelanggan
Janji ICU JPM.

Direktori Pegawai

Direktori Pegawai
Maklumat Pegawai.

Tender / Sebutharga

Tender / Sebutharga
Muat Turun Borang.

MAJLIS PERASMIAN MASJID JAMEK SUNGAI ACHEH, NIBONG TEBAL, PULAU PINANG PADA 22 OGOS 2014

PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP

 

Pada 22 Ogos 2014, satu Majlis Perasmian Masjid Jamek Sungai Acheh, Nibong Tebal, Pulau Pinang telah diadakan di perkarangan Masjid Jamek Sungai Acheh. Majlis ini telah disempurnakan oleh Tuan Yang Terutama Tun Dato' Seri Utama (Dr.) Haji Abdul Rahman bin Haji Abbas, Yang Di-Pertua Negeri Pulau Pinang. Turut hadir ialah YBhg. Dato' Zainal Abidin bin Osman, Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Pulau Pinang (MTPNg), YBhg. Dato' Farizan bin Darus, Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang, YBrs. Tuan Syed Shaari bin Syed Abdullah, Pegawai Kemajuan Negeri (PKN) Pulau Pinang, pegawai-pegawai dari Pejabat Pembangunan Persekutuan Pulau Pinang (PPPPP), Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang, Jabatan Mufti Pulau Pinang serta anak Qaryah Masjid Jamek Sungai Acheh. Projek ini menelan belanja sebanyak lebih kurang RM5.5 juta di mana RM4.0 juta merupakan peruntukan Kerajaan Persekutuan manakala RM1.5 juta dibiayai oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP). Projek ini dilaksanakan sepenuhnya oleh Seksyen Teknikal, PPPPP. Tempoh pelaksanaan projek adalah selama 22 bulan bermula pada 24 April 2012 dan siap sepenuhnya pada 20 Februari 2014. Masjid yang serba indah ini mampu memuatkan kira-kira 1,300 orang jemaah pada satu-satu masa dan kini menjadi ikon baru serta menjadi pusat tarikan baru di Sungai Acheh dan di Nibong Tebal. Adalah diharapkan juga dengan pembinaan masjid baru ini akan dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh ahli qaryah serta masyarakat sekitar dengan aktiviti pengimarahan yang berterusan di samping menjadi pusat perpaduan ummat Islam di sekitar Nibong Tebal.

 

Sumber : Seksyen Projek Khas

Tarikh Kemaskini : 25 Ogos 2014

Pada 22 Ogos 2014, satu Majlis Perasmian Masjid Jamek Sungai Acheh, Nibong Tebal, Pulau Pinang telah diadakan di perkarangan Masjid Jamek Sungai Acheh. Majlis ini telah disempurnakan oleh Tuan Yang Terutama Tun Dato' Seri Utama (Dr.) Haji Abdul Rahman bin Haji Abbas, Yang Di-Pertua Negeri Pulau Pinang. Turut hadir ialah YBhg. Datuk Zainal Abidin bin Osman, Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Pulau Pinang (MTPNg), YBhg. Dato' Farizan bin Darus, Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang, YBrs. Tuan Syed Shaari bin Syed Abdullah, Pegawai Kemajuan Negeri (PKN) Pulau Pinang, pegawai-pegawai dari Pejabat Pembangunan Persekutuan Pulau Pinang (PPPPP), Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang, Jabatan Mufti Pulau Pinang serta anak Qaryah Masjid Jamek Sungai Acheh.Projek ini menelan belanja sebanyak lebih kurang RM5.5 juta di mana RM4.0 juta merupakan peruntukan Kerajaan Persekutuan manakala RM1.5 juta dibiayai oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP). Projek ini dilaksanakan sepenuhnya oleh Seksyen Teknikal, PPPPP. Tempoh pelaksanaan projek adalah selama 22 bulan bermula pada 24 April 2012 dan siap sepenuhnya pada 20 Februari 2014 oleh syarikat Belida Jaya Sdn Bhd. Masjid yang serba indah ini mampu memuatkan kira-kira 1,300 orang jemaah pada satu-satu masa dan kini menjadi ikon baru serta menjadi pusat tarikan baru di Sungai Acheh dan di Nibong Tebal. Adalah diharapkan juga dengan pembinaan masjid baru ini akan dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh ahli qaryah serta masyarakat sekitar dengan aktiviti pengimarahan yang berterusan di samping menjadi pusat perpaduan ummat Islam di sekitar Nibong Tebal.