1 ICU

1 ICU
1 Hati 1 Fikiran 1 Tindakan.

Piagam Pelanggan

Piagam Pelanggan
Janji ICU JPM.

Direktori Pegawai

Direktori Pegawai
Maklumat Pegawai.

Tender / Sebutharga

Tender / Sebutharga
Muat Turun Borang.

MAJLIS PENYERAHAN PROJEK MENAIKTARAF DEWAN DATO’ HAJI HASAN NOH DAN SURAU SMK SRI MUDA, PENAGA PADA 6 OGOS 2014

PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP

Pada 6 Ogos 2014 bersamaan 10 Syawal 1435H, satu Majlis Penyerahan Projek Siap – Projek Menaiktaraf Dewan Dato’ Haji Hasan Noh dan Surau SMK Sri Muda telah diadakan bertempat di SMK Sri Muda, Penaga, Kepala Batas, Pulau Pinang. Ianya melibatkan dua buah projek Penyelenggaraan Infrastruktur Awam (PIA) dengan kos keseluruhan sebanyak RM 165,000.00. Projek telah dimulakan pada 9 Mei 2014 dan siap sepenuhnya pada 25 Julai 2014 yang lalu. Majlis dimulakan dengan lawatan ke tapak projek dan seterusnya upacara menandatangani Dokumen Penyerahan Projek Siap oleh YBrs. Tuan Syed Shaari bin Syed Abdullah, Pegawai Kemajuan Negeri Pulau Pinang dan Encik Mohd Noor bin Yusof, Pengetua Sek. Men. Keb Sri Muda dengan disaksikan oleh YBhg Tan Sri Mohd Zabidi bin Zainal, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam yang merupakan bekas pelajar SMK Sri Muda, Penaga. Semoga projek ini dapat memberikan kemudahan dan keselesaan kepada seluruh warga Sek. Men. Keb. Sri Muda dan sekaligus membentuk modal insan yang berprestasi tinggi.

Sumber : Seksyen Projek Khas

Tarikh Kemaskini : 11 Ogos 2014