1 ICU

1 ICU
1 Hati 1 Fikiran 1 Tindakan.

Piagam Pelanggan

Piagam Pelanggan
Janji ICU JPM.

Direktori Pegawai

Direktori Pegawai
Maklumat Pegawai.

Tender / Sebutharga

Tender / Sebutharga
Muat Turun Borang.

MAJLIS PENYERAHAN SUMBANGAN BARANGAN KEPADA MASJID DAERAH SEBERANG PERAI TENGAH DAN MASJID NEGERI PULAU PINANG

PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP

Pejabat Pembangunan Persekutuan Pulau Pinang telah meluluskan sumbangan barangan kepada Masjid Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), Bandar Perda bertujuan bagi membantu melancarkan pentadbiran Masjid Daerah SPT. Antara barangan tersebut adalah kelengkapan bilik mesyuarat meliputi 24 kerusi eksekutif, 2 kerusi pengerusi, 2 meja mesyuarat serta 2 kerusi tetamu bagi kegunaan di bilik pentadbiran. Majlis Penyerahan barangan tersebut telah diadakan pada 22 Julai 2014 (Selasa) bertempat di Masjid Daerah SPT. Majlis yang serba ringkas tersebut telah disempurnakan dengan simbollik penyerahan oleh YBrs Tuan Syed Shaari Syed Abdullah, Pegawai Kemajuan Negeri kepada Tuan Haji Azmi Masjuri, Pegawai Hal Ehwal Islam Masjid Daerah SPT. Majlis turut dihadiri oleh 12 orang pegawai dari Pejabat Pembangunan Persekutuan Pulau Pinang dan pihak pengurusan Masjid Daerah SPT. Sementara itu Pejabat Pembangunan Persekutuan Pulau Pinang pada 23 Julai 2014 telah mengadakan Majlis Penyerahan sumbangan barangan kepada Masjid Negeri Pulau Pinang. Majlis penyerahan tersebut adalah susulan kelulusan 300 unit kerusi banquet dan 33 café table bagi kegunaan pihak Masjid Negeri Pulau Pinang untuk menganjurkan pelbagai aktiviti sempena bulan Ramadhan 1435H. Majlis tersebut telah disempurnakan dengan penyerahan Sijil Akuan Penerimaan daripada Tuan Haji Mohd Sya’bani Hj Awang, Timbalan Imam Besar Masjid Negeri Pulau Pinang kepada YBrs Tuan Haji Mohd Ismail Harun, Timbalan Pegawai Kemajuan Negeri Pulau Pinang serta disaksikan oleh pegawai-pegawai dari Pejabat Pembangunan Persekutuan Pulau Pinang dan pihak pengurusan Masjid Negeri Pulau Pinang.

Sumber : Seksyen Projek Khas

Tarikh Kemaskini : 23 Julai 2014