1 ICU

1 ICU
1 Hati 1 Fikiran 1 Tindakan.

Piagam Pelanggan

Piagam Pelanggan
Janji ICU JPM.

Direktori Pegawai

Direktori Pegawai
Maklumat Pegawai.

Tender / Sebutharga

Tender / Sebutharga
Muat Turun Borang.

MAJLIS PENYERAHAN SUMBANGAN HARI RAYA KEPADA KETUA ISI RUMAH MISKIN PARLIMEN BAGAN PADA 21 JULAI 2014

PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP

21 Julai 2014, Seberang Jaya - Pejabat Pembangunan Persekutuan Pulau Pinang telah mengadakan Majlis Penyerahan Sumbangan Hari Raya kepada Ketua Isi Rumah Miskin Parlimen Bagan bertempat di sebuah pusat membeli belah di Seberang Jaya. Majlis ini diadakan bertujuan meraikan 18 Ketua Isi Rumah Miskin daripada kawasan Parlimen Bagan sempena menyambut kedatangan Hari Raya Aidil Fitri yang bakal tiba. Pada majlis tersebut, 18 Ketua Isi Rumah tersebut telah menerima sumbangan berbentuk pakaian raya selain sumbangan bakul makanan dan kuih raya. Seramai 78 orang kanak-kanak dan remaja berusia 17 tahun ke bawah telah menerima sumbangan pakaian raya manakala Ketua Isi Rumah turut menerima sumbangan bakul makanan dan kuih raya. Majlis ini telah disempurnakan oleh Timbalan Pegawai Kemajuan Negeri 1, Puan Namimah bt Mohd Hashim dan turut dihadiri oleh Pengerusi Puspanita Pejabat Pembangunan Persekutuan Pulau Pinang iaitu Puan Saripah bt Mat, Pemimpin-pemimpin Persekutuan Tempatan dari kawasan Parlimen Bagan serta pegawai dan kakitangan Pejabat Pembangunan Persekutuan Pulau Pinang.

Sumber : Seksyen Kesejahteraan Rakyat

Tarikh Kemaskini : 23 Julai 2014