1 ICU

1 ICU
1 Hati 1 Fikiran 1 Tindakan.

Piagam Pelanggan

Piagam Pelanggan
Janji ICU JPM.

Direktori Pegawai

Direktori Pegawai
Maklumat Pegawai.

Tender / Sebutharga

Tender / Sebutharga
Muat Turun Borang.

PROGRAM SEINDAH RAMADHAN 5P PADA 9 JULAI 2014

PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP

Pada 9 Julai 2014 bersamaan 11 Ramadhan 1435H, Pejabat Pembangunan Persekutuaan Pulau Pinang telah menganjurkan Program Seindah Ramadhan 5P. Program ini telah diadakan di perkarangan dewan Anjung Putra Pejabat Pembangunan Persekutuan Pulau Pinang. Semua Pegawai dan Kakitangan 5P bekerjasama dan bergotong royong menyediakan bahan-bahan untuk memasak bubur lambuk dan bubur kacang sejak dari pukul 9.00 pagi lagi. Sebanyak satu kawah bubur lambuk dan bubur kacang telah dapat disediakan dan diagihkan kepada semua kakitangan 5P dan orang ramai. Sesi penyerahan bubur lambuk dan bubur kacang ini telah disempurnakan sendiri oleh Tuan Syed Shaari bin Syed Abdullah, Pegawai Kemajuan Negeri Pulau Pinang pada pukul 3.00 Petang. Melalui aktiviti ini, semangat kerjasama dan budaya kerja berpasukan dapat disuntik dalam kalangan warga 5P disamping dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim.

Sumber : Seksyen Khidmat Pengurusan

Tarikh Kemaskini : 10 Julai 2014