1 ICU

1 ICU
1 Hati 1 Fikiran 1 Tindakan.

Piagam Pelanggan

Piagam Pelanggan
Janji ICU JPM.

Direktori Pegawai

Direktori Pegawai
Maklumat Pegawai.

Tender / Sebutharga

Tender / Sebutharga
Muat Turun Borang.

MAJLIS PENYAMPAIAN WATIKAH PENGERUSI DAN SETIAUSAHA JAWATANKUASA KEMAJUAN DAN KESELAMATAN KAMPUNG (JKKKP) PULAU PINANG PADA 16 JUN 2014

PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP

 

Pada 16 Jun 2014 (Isnin) jam 8.00 pagi telah diadakan Majlis Penyampaian Watikah kepada Pengerusi dan Setiausaha JKKKP Pulau Pinang di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Ulul Albab, Kepala Batas, Pulau Pinang. Majlis telah disempurnakan oleh YB Dato’ Seri Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW). Turut hadir ialah YBhg Dato’ Zainal Abidin bin Osman, Penasihat KKLW merangkap Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Pulau Pinang (MTPNg), YB Dato’ Seri Reezal Merican bin Naina Merican Ahli Parlimen Kepala Batas, YB Datuk Shahabudin bin Yahaya Ahli Parlimen Tasek Gelugor, YBhg. Dato’ Hassan bin Amin Ketua Pengarah KEMAS, YBrs. Tuan Syed Shaari bin Syed Abdullah Pegawai Kemajuan Negeri Pulau Pinang. Seramai 972 Pengerusi dan Setiausaha daripada 486 kawasan JKKKP Pulau Pinang telah hadir pada majlis tersebut. Pada majlis tersebut, YB Dato’ Seri Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal telah memberikan amanat kepada Pengerusi dan Setiausaha JKKKP yang hadir supaya mereka dapat menjalankan tugas dengan berkesan sebagai ejen tranformasi luar bandar untuk membangunkan kawasan kampung masing-masing dengan lebih sempurna. Selain itu, YB Dato’ Seri menekankan bahawa JKKKP perlu menjadi agen penyatuan dan perpaduan antara kaum untuk kepentingan pembangunan di kampung termasuk mengenal pasti keperluan dan kemudahan asas yang diperlukan di kampung. Pada majlis tersebut turut dilancarkan Direktori JKKKP Pulau Pinang yang menghimpunkan 972 maklumat Pengerusi dan Setiausaha JKKKP termasuk nama, alamat dan nombor telefon. Majlis diakhiri dengan penyerahan mock cheque peruntukan Elaun JKKKP berjumlah RM10 juta bagi tahun 2014 oleh YB Dato’ Seri kepada YBrs. Tuan Syed Shaari bin Syed Abdullah Pegawai kemajuan Negeri Pulau Pinang. Majlis selesai pada jam 2.00 petang.

 

Sumber : Seksyen Pembangunan Masyarakat & Institusi

Tarikh Kemaskini : 10 Jun 2014

Pada 16 Jun 2014 (Isnin) jam 8.00 pagi telah diadakan Majlis Penyampaian Watikah kepada Pengerusi dan Setiausaha JKKKP Pulau Pinang di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Ulul Albab, Kepala Batas, Pulau Pinang. Majlis telah disempurnakan oleh YB Dato’ Seri Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW). Turut hadir ialah YBhg Dato’ Zainal Abidin bin Osman, Penasihat KKLW merangkap Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Pulau Pinang (MTPNg), YB Dato’ Seri Reezal Merican bin Naina Merican Ahli Parlimen Kepala Batas, YB Datuk Shahabudin bin Yahaya Ahli Parlimen Tasek Gelugor, YBhg. Dato’ Hassan bin Amin Ketua Pengarah KEMAS, YBrs. Tuan Syed Shaari bin Syed Abdullah Pegawai Kemajuan Negeri Pulau Pinang. Seramai 972 Pengerusi dan Setiausaha daripada 486 kawasan JKKKP Pulau Pinang telah hadir pada majlis tersebut. Pada majlis tersebut, YB Dato’ Seri Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal telah memberikan amanat kepada Pengerusi dan Setiausaha JKKKP yang hadir supaya mereka dapat menjalankan tugas dengan berkesan sebagai ejen tranformasi luar bandar untuk membangunkan kawasan kampung masing-masing dengan lebih sempurna. Selain itu, YB Dato’ Seri menekankan bahawa JKKKP perlu menjadi agen penyatuan dan perpaduan antara kaum untuk kepentingan pembangunan di kampung termasuk mengenal pasti keperluan dan kemudahan asas yang diperlukan di kampung. Pada majlis tersebut turut dilancarkan Direktori JKKKP Pulau Pinang yang menghimpunkan 972 maklumat Pengerusi dan Setiausaha JKKKP termasuk nama, alamat dan no. telefon. Majlis diakhiri dengan penyerahan mock cheque peruntukan Elaun JKKKP berjumlah RM10 juta oleh YB Dato’ Seri kepada YBrs. Tuan Syed Shaari bin Syed Abdullah Pegawai kemajuan Negeri Pulau Pinang. Majlis selesai pada jam 2.00 petang.