1 ICU

1 ICU
1 Hati 1 Fikiran 1 Tindakan.

Piagam Pelanggan

Piagam Pelanggan
Janji ICU JPM.

Direktori Pegawai

Direktori Pegawai
Maklumat Pegawai.

Tender / Sebutharga

Tender / Sebutharga
Muat Turun Borang.

PROGRAM MOBILE COMMUNITY TRANSFORMATION CENTRE (CTC) PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG DI PERKARANGAN DEWAN PERDA, SUNGAI ACHEH, NIBONG TEBAL, PULAU PINANG PADA 15 JUN 2014

PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP

Pusat Transformasi Komuniti Bergerak ataupun lebih dikenali dengan Mobile CTC merupakan salah satu inisiatif Strategi Lautan Biru Kebangsaan (National Blue Ocean Strategy) yang telah diperkenalkan oleh Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Kewangan Malaysia (MOF). Mobile CTC diperkenalkan sebagai platform kepada rakyat terutamanya penduduk luar Bandar untuk mendapatkan perkhidmatan utama Kerajaan, penerangan mengenai bantuan-bantuan kerajaan yang boleh disalurkan secara terus kepada kumpulan sasar serta memberi penerangan dan kesedaran kepada rakyat mengenai dasar, program, juga aktiviti melalui kementerian dan agensi kerajaan. Mobile CTC ini adalah berkonsepkan pusat sehenti selaras dengan pelaksanaan Pusat Transformasi Bandar (Urban Transformation Centre/ UTC) bagi komuniti Bandar dan Pusat Transformasi Luar Bandar (Rural Transformation Centre/ RTC) bagi penduduk luar bandar. Di peringkat Negeri Pulau Pinang, Program Mobile CTC telahpun diadakan untuk pertama kalinya pada 15 Mac 2014 di Balik Pulau. Untuk kali kedua pula, ianya telah diadakan pada 15 Jun 2014 yang lalu bertempat di perkarangan dewan PERDA, Sungai Acheh, Nibong Tebal. Pelbagai Jabatan / Agensi Kerajaan seperti Jabatan Pengangkutan Jalan, Setiausaha Kerajaan Negeri, Jabatan Kesihatan Negeri, Jabatan Pendaftaran Negara, TEKUN Nasional telah mengambil bahagian untuk memberikan memberikan perkhidmatan kepada masyarakat Nibong Tebal khususnya dan rakyat Pulau Pinang amnya. Program ini telah dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Zainal Abidin Bin Osman, Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Pulau Pinang dan turut hadir ialah Setiausaha Kerajaan Negeri, YBhg. Dato’ Farizan Bin Darus, YBrs. Encik Abdullah Suhaimin Bin Md Yunus, Timbalan Pengarah Kanan, Unit Strategi Nasional, Kementerian Kewangan Malaysia, YBrs. Tuan Syed Shaari Bin Syed Abdullah, Pegawai Kemajuan Negeri Pulau Pinang, YB Dato’ Mahmud bin Zakaria, ADUN Sungai Acheh, Pegawai-pegawai Kanan serta kakitangan Pejabat Pembangunan Persekutuan Pulau Pinang.

Sumber : Seksyen Khidmat Pengurusan

Tarikh Kemaskini : 17 Jun 2014