1 ICU

1 ICU
1 Hati 1 Fikiran 1 Tindakan.

Piagam Pelanggan

Piagam Pelanggan
Janji ICU JPM.

Direktori Pegawai

Direktori Pegawai
Maklumat Pegawai.

Tender / Sebutharga

Tender / Sebutharga
Muat Turun Borang.

MAJLIS PENYERAHAN PROJEK SIAP MASJID BARU SUNGAI ACHEH, NIBONG TEBAL PADA 14 JUN 2014

PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP

Majlis Penyerahan Projek Siap – Masjid Baru Sungai Acheh, Nibong Tebal telah diadakan pada 14 Jun 2014 bersamaan hari Sabtu, 16 Syaaban 1435H di dewan solat Masjid Jamek Sungai Acheh, Nibong Tebal, Pulau Pinang. Majlis tersebut telah disempurnakan dengan upacara menandatangani Dokumen Siap Kerja serta Penyerahan Projek Siap daripada Pegawai Kemajuan Negeri Pulau Pinang kepada wakil Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) dengan disaksikan oleh Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri (MTPNg) Pulau Pinang, YBhg. Dato’ Zainal Abidin bin Osman. Turut hadir memeriahkan majlis adalah kira-kira 250 orang hadirin yang terdiri daripada pegawai-pegawai dari Pejabat Pembangunan Persekutuan Pulau Pinang (PPPPP), Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang, Jabatan Mufti Pulau Pinang serta anak Qaryah Masjid Jamek Sungai Acheh.   Projek ini menelan belanja sebanyak lebih kurang RM5.5 juta di mana RM4.0 juta merupakan peruntukan Kerajaan Persekutuan manakala RM1.5 juta dibiayai oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP). Projek ini dilaksanakan sepenuhnya oleh Seksyen Teknikal, PPPPP. Tempoh pelaksanaan projek adalah selama 22 bulan bermula pada 24 April 2012 dan siap sepenuhnya pada 20 Februari 2014 oleh syarikat Belida Jaya Sdn Bhd.   Masjid yang serba indah ini mampu memuatkan kira-kira 1,300 orang jemaah pada satu-satu masa dan kini menjadi ikon baru serta menjadi pusat tarikan baru di Sungai Acheh dan di Nibong Tebal. Adalah diharapkan juga dengan pembinaan masjid baru ini akan dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh ahli qaryah serta masyarakat sekitar dengan aktiviti pengimarahan yang berterusan terutamanya semasa bulan Ramadhan yang bakal tiba di samping menjadi pusat perpaduan ummat Islam di sekitar Nibong Tebal.

Sumber : Seksyen Projek Khas

Tarikh Kemaskini : 17 Jun 2014