1 ICU

1 ICU
1 Hati 1 Fikiran 1 Tindakan.

Piagam Pelanggan

Piagam Pelanggan
Janji ICU JPM.

Direktori Pegawai

Direktori Pegawai
Maklumat Pegawai.

Tender / Sebutharga

Tender / Sebutharga
Muat Turun Borang.

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN PEJABAT PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN PULAU PINANG PADA 6 JUN 2014

PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP

6 Jun 2014 – Satu Majlis Perhimpunan Bulanan telah diadakan di Bilik Bunga Raya, Pejabat Zon Seberang Perai, Pejabat Pembangunan Persekutuan Pulau Pinang, Wisma Persekutuan, Kepala Batas. Majlis Perhimpunan Bulanan ini merupakan acara rasmi 5P yang dihadiri oleh seluruh warga kerja 5P. Majlis ini telah dimulakan dengan dengan nyanyian lagu Negaraku dan Lagu Perkhidmatan awam yang diiringi oleh Kumpulan Koir 5P. Dalam ucapan perasmiannya, Tuan Syed Shaari bin Syed Abdullah, Pegawai Kemajuan Negeri Pulau Pinang mengingatkan bahawa semua pegawai dan kakitangan hendaklah sentiasa mengamalkan budaya kerja cemerlang dan tadbir urus yang baik selari dengan moto ICU JPM Volume, Accuracy dan Speed. Para pegawai dan kakitangan 5P juga di ingatkan supaya sentiasa mengamalkan amalan penjimatan dalam urus tadbir harian jabatan dengan mematuhi peraturan dan langkah-langkah perbelanjaan berhemat sektor perkhidmatan awam. Disamping itu juga, Tuan Pegawai Kemajuan Negeri memberi peringatan agar setiap pegawai dan kakitangan 5P menjaga keselamatan diri dan juga keluarga masing masing terutamanya anak-anak kecil yang masih bersekolah. Selesai ucapan perasmian beliau, Tuan Pegawai Kemajuan Negeri telah menyempurnakan pelancaran Buku Profil Negeri Pulau Pinang dan Buletin 5P edisi Januari hingga Mac. Perhimpunan Bulanan 5P ini dilengkapkan dengan meraikan pegawai dan kakitangan yang akan bertukar dan bersara wajib.

Sumber : Seksyen Khidmat Pengurusan

Tarikh Kemaskini : 10 Jun 2014