1 ICU

1 ICU
1 Hati 1 Fikiran 1 Tindakan.

Piagam Pelanggan

Piagam Pelanggan
Janji ICU JPM.

Direktori Pegawai

Direktori Pegawai
Maklumat Pegawai.

Tender / Sebutharga

Tender / Sebutharga
Muat Turun Borang.

MAJLIS PENYERAHAN PROJEK SIAP MEMBINA BARU MASJID JAMEK SIMPANG TIGA, TASEK GELUGOR PADA 6 JUN 2014

PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP

 

Majlis Penyerahan Projek Siap Membina Baru Masjid Jamek Simpang Tiga, Tasek Gelugor telah diadakan pada 6 Jun 2014 bersamaan hari Jumaat, 8 Syaaban 1435H di dewan solat Masjid Simpang Tiga, Tasek Gelugor, Pulau Pinang. Majlis tersebut telah disempurnakan dengan upacara menandatangani Dokumen Siap Kerja serta Penyerahan Projek Siap daripada Pegawai Kemajuan Negeri Pulau Pinang kepada wakil Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) dengan disaksikan oleh Ahli Parlimen Tasek Gelugor, YB Datuk Shabudin bin Yahya. Turut hadir memeriahkan majlis adalah pegawai-pegawai dari Pejabat Pembangunan Persekutuan Pulau Pinang (PPPPP), Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang, Jabatan Mufti Pulau Pinang serta anak Qaryah Masjid Jamek Simpang Tiga, Tasek Gelugor.

 

Projek ini menelan belanja sebanyak lebih kurang RM5.0 juta di mana RM4.0 juta merupakan peruntukan Kerajaan Persekutuan manakala RM1.0 juta dibiayai oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP). Projek ini dilaksanakan sepenuhnya oleh Seksyen Teknikal, PPPPP. Tempoh pelaksanaan projek adalah selama 21 bulan bermula pada 27 Jun 2012 dan siap sepenuhnya pada 27 Februari 2014 oleh syarikat Panimex Engineering Sdn Bhd. Masjid baru yang tersergam indah di atas tapak seluas 4 ekar ini dapat memuatkan 1,200 jemaah pada satu-satu masa dan dilengkapi dengan bilik mesyuarat, bilik imam serta ruang solat yang indah dengan seni ukiran khat. Uniknya masjid ini kerana ianya mempunyai sebuah kios perniagaan di hadapan masjid sebagai satu inisiatif untuk menjana ekonomi masjid. Pembinaan Masjid Jamek Simpang Tiga telah membawa sinar kegembiraan kepada anak qaryah Simpang Tiga yang telah menunggu hampir 7 tahun untuk mempunyai masjid sendiri serta dapat dimanfaatkan untuk sama-sama mengimarahkan bulan Ramadhan yang bakal tiba.

 

Sumber : Seksyen Projek Khas

Tarikh Kemaskini : 10 Jun 2014

Majlis Penyerahan Projek Siap Membina Baru Masjid Jamek Simpang Tiga, Tasek Gelugor telah diadakan pada 6 Jun 2014 bersamaan hari Jumaat, 8 Syaaban 1435H di dewan solat Masjid Simpang Tiga, Tasek Gelugor, Pulau Pinang. Majlis tersebut telah disempurnakan dengan upacara menandatangani Dokumen Siap Kerja serta Penyerahan Projek Siap daripada Pegawai Kemajuan Negeri Pulau Pinang kepada wakil Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) dengan disaksikan oleh Ahli Parlimen Tasek Gelugor, YB Datuk Shabudin bin Yahya. Turut hadir memeriahkan majlis adalah pegawai-pegawai dari Pejabat Pembangunan Persekutuan Pulau Pinang (PPPPP), Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang, Jabatan Mufti Pulau Pinang serta anak Qaryah Masjid Jamek Simpang Tiga, Tasek Gelugor. Projek ini menelan belanja sebanyak lebih kurang RM5.0 juta di mana RM4.0 juta merupakan peruntukan Kerajaan Persekutuan manakala RM1.0 juta dibiayai oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP). Projek ini dilaksanakan sepenuhnya oleh Seksyen Teknikal, PPPPP. Tempoh pelaksanaan projek adalah selama 21 bulan bermula pada 27 Jun 2012 dan siap sepenuhnya pada 27 Februari 2014 oleh syarikat Panimex Engineering Sdn Bhd. Masjid baru yang tersergam indah di atas tapak seluas 4 ekar ini dapat memuatkan 1,200 jemaah pada satu-satu masa dan dilengkapi dengan bilik mesyuarat, bilik imam serta ruang solat yang indah dengan seni ukiran khat. Uniknya masjid ini kerana ianya mempunyai sebuah kios perniagaan di hadapan masjid sebagai satu inisiatif untuk menjana ekonomi masjid. Pembinaan Masjid Jamek Simpang Tiga telah memberi kegembiraan kepada anak qaryah Simpang Tiga yang telah menunggu hampir 7 tahun untuk mempunyai masjid sendiri serta dapat dimanfaatkan untuk sama-sama mengimarahkan bulan Ramadhan yang bakal tiba.