1 ICU

1 ICU
1 Hati 1 Fikiran 1 Tindakan.

Piagam Pelanggan

Piagam Pelanggan
Janji ICU JPM.

Direktori Pegawai

Direktori Pegawai
Maklumat Pegawai.

Tender / Sebutharga

Tender / Sebutharga
Muat Turun Borang.

MAJLIS PENYERAHAN PROJEK SIAP SAR AL AMIN, SIMPANG TIGA, NIBONG TEBAL PADA 5 JUN 2014

PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP

 

Majlis Penyerahan Projek Siap Sekolah Agama Rakyat Al Amin, Simpang Tiga, Nibong Tebal, Pulau Pinang telah diadakan pada 5 Jun 2014 bersamaan hari Khamis, 7 Syaaban 1435H. Majlis tersebut telah disempurnakan dengan upacara menandatangani Dokumen Siap Kerja serta Penyerahan Projek Siap daripada Pegawai Kemajuan Negeri Pulau Pinang kepada wakil Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) dengan disaksikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Acheh, YB Dato’ Mahmud bin Zakaria. Turut hadir pada majlis tersebut adalah pegawai-pegawai dari Pejabat Pembangunan Persekutuan Pulau Pinang(PPPPP), Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang, Jabatan Mufti Pulau Pinang serta tenaga pengajar SAR Al Amin, Simpang Tiga, Nibong Tebal, Pulau Pinang.

 

Projek Membina Bangunan Baru SAR Al Amin, Simpang Tiga, Nibong Tebal merupakan projek yang telah diluluskan semasa Program Turun Padang YAB Perdana Menteri pada 22 April 2012 dengan kos sebanyak RM1.5 juta. Projek ini telah dimulakan pada 29 Mac 2013 dan siap sepenuhnya pada 25 Mac 2014 setelah mengambil masa selama 12 bulan. Bangunan baru sekolah setinggi 2 tingkat ini mempunyai 8 bilik darjah yang dapat memuatkan 300 orang murid dan dilengkapi dengan tandas berasingan (bersaiz kecil) yang dikhususkan untuk murid-murid. Projek ini dilaksanakan sepenuhnya oleh Seksyen Teknikal, PPPPP. Pembinaan bangunan baru sekolah akan memberikan peluang kepada lebih ramai lagi anak qaryah Simpang Tiga, Nibong Tebal mempelajari ilmu fardhu ain selain memberi keselesaan kepada murid-murid sekolah. Ianya menjadi bukti kesungguhan Kerajaan Persekutuan memartabatkan Islam melalui kelangsungan pembangunan dengan menyediakan fasiliti untuk akses kepada pendidikan agama dan Al Quran.

 

Sumber : Seksyen Projek Khas

Tarikh Kemaskini : 5 Jun 2014

Majlis Penyerahan Projek Siap Sekolah Agama Rakyat Al Amin, Simpang Tiga, Nibong Tebal, Pulau Pinang telah diadakan pada 5 Jun 2014 bersamaan hari Khamis, 7 Syaaban 1435H. Majlis tersebut telah disempurnakan dengan upacara menandatangani Dokumen Siap Kerja serta Penyerahan Projek Siap daripada Pegawai Kemajuan Negeri Pulau Pinang kepada wakil Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) dengan disaksikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Acheh, YB Dato’ Mahmud bin Zakaria. Turut hadir pada majlis tersebut adalah pegawai-pegawai dari Pejabat Pembangunan Persekutuan Pulau Pinang(PPPPP), Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang, Jabatan Mufti Pulau Pinang serta tenaga pengajar SAR Al Amin, Simpang Tiga, Nibong Tebal, Pulau Pinang. Projek Membina Bangunan Baru SAR Al Amin, Simpang Tiga, Nibong Tebal merupakan projek yang telah diluluskan semasa Program Turun Padang YAB Perdana Menteri pada 22 April 2012 dengan kos sebanyak RM1.5 juta. Projek ini telah dimulakan pada 29 Mac 2013 dan siap sepenuhnya pada 25 Mac 2014 setelah mengambil masa selama 12 bulan. Bangunan baru sekolah setinggi 2 tingkat ini mempunyai 8 bilik darjah yang dapat memuatkan 300 orang murid dan dilengkapi dengan tandas murid. Projek ini dilaksanakan sepenuhnya oleh Seksyen Teknikal, PPPPP. Pembinaan bangunan baru sekolah akan memberikan peluang kepada lebih ramai lagi anak qaryah Simpang Tiga, Nibong Tebal mempelajari ilmu fardhu ain selain memberi keselesaan kepada murid-murid sekolah. Ianya menjadi bukti kesungguhan Kerajaan Persekutuan memartabatkan Islam melalui kelangsungan pembangunan dengan menyediakan fasiliti untuk akses kepada pendidikan agama dan Al Quran.