1 ICU

1 ICU
1 Hati 1 Fikiran 1 Tindakan.

Piagam Pelanggan

Piagam Pelanggan
Janji ICU JPM.

Direktori Pegawai

Direktori Pegawai
Maklumat Pegawai.

Tender / Sebutharga

Tender / Sebutharga
Muat Turun Borang.

PROGRAM HARI WANITA ANTARABANGSA 2014 (PURPLE WALK) PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG DAN PROGRAM ASPIRASI WANITA PARLIMEN NIBONG TEBAL PADA 25 MEI 2014

PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP

Pada 25 Mei 2014 Program Hari Wanita Antarabangsa 2014 (Purple Walk) Peringkat Negeri Pulau Pinang dan Program Aspirasi Wanita Parlimen Nibong Tebal telah diadakan bertempat di Kampung Sungai Chenaam, Sungai Acheh. Program ini telah dirasmikan oleh YBhg Dato’ Zainal Abidin Osman, Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Pulau Pinang. Program Hari Wanita Antarabangsa 2014 (Purple Walk) diadakan bertujuan bagi menghargai golongan wanita yang banyak memberi sumbangan serta mempunyai peranan penting terhadap kemajuan dan kesejahteraan Negara. Manakala Program Aspirasi Wanita Parlimen Nibong Tebal pula diadakan untuk memupuk kesedaran di kalangan wanita supaya menjadikan amalan gaya hidup sebagai asas dan teras dalam kehidupan seharian. Sambutan yang diberikan adalah amat menggalakkan di mana bilangan peserta yang menyertai program ini adalah seramai 2000 orang. Daripada jumlah tersebut seramai 169 orang layak mendaftar dan melakukan ujian saringan mammogram. Selain itu, penduduk yang hadir juga dapat menimba ilmu melalui pameran yang diadakan oleh pelbagai agensi kerajaan seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat, Pejabat LPPKN Pulau Pinang, Pejabat Kesihatan, Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS), Bank Simpanan Nasional, AGROBANK dan YAPIEM. Sebuah ceramah khas berkenaan kanser payudara turut disampaikan oleh Dr. Azura Binti Abdullah, Pegawai Perubatan Pejabat LPPKN Pulau Pinang. Program ini merupakan kerjasama daripada dua jabatan kerajaan yang menggabungkan dua program dan diadakan secara serentak di dalam satu majlis yang sama. Ini adalah satu usaha murni dalam mengaplikasikan pelaksanaan Strategi Lautan Biru (NBOS) serta langkah penjimatan selaras dengan hasrat kerajaan.

Sumber : Seksyen Pembangunan Masyarakat & Institusi

Tarikh Kemaskini : 30 Mei 2014