1 ICU

1 ICU
1 Hati 1 Fikiran 1 Tindakan.

Piagam Pelanggan

Piagam Pelanggan
Janji ICU JPM.

Direktori Pegawai

Direktori Pegawai
Maklumat Pegawai.

Tender / Sebutharga

Tender / Sebutharga
Muat Turun Borang.

MAJLIS PENYERAHAN MASJID NURUSSAADAH LAHAR TABUT PADA 15 MEI 2014

PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP

 

Majlis Penyerahan Masjid Nurussaadah Lahar Tabut, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang telah diadakan pada 15 Mei 2014 (Khamis) bertempat di dalam Masjid Nurussaadah Lahar Tabut, Seberang Perai Utara. Majlis tersebut telah disempurnakan dengan upacara menandatangani Dokumen Siap Kerja. Seterusnya Penyerahan daripada Pegawai Kemajuan Negeri Pulau Pinang kepada wakil Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) dengan disaksikan oleh Ahli Parlimen Kepala Batas, YB Dato’ Seri Reezal Merican bin Naina Merican. Turut hadir pada majlis tersebut adalah pegawai-pegawai dari Pejabat Pembangunan Persekutuan Pulau Pinang(PPPPP), Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang, Jabatan Mufti Pulau Pinang serta ahli-ahli qaryah Masjid Jamek Lahar Tabut. Cadangan Meroboh Dan Membina Semula Masjid Jamek Lahar Tabut ini telah bermula pada tahun 2011 dan diilhamkan oleh YABHg Tun Abdullah bin Haji Ahmad Badawi, mantan Perdana Menteri yang juga Ahli Parlimen Kepala Batas ketika itu dan telah diluluskan peruntukan sebanyak RM2.4 juta oleh Kerajaan Persekutuan pada 5 Disember 2011.

 

Kerja-kerja pembinaan semula masjid ini telah bermula pada 4 Julai 2012 dan siap sepenuhnya pada 30 April 2014. Projek ini dilaksanakan sepenuhnya oleh Seksyen Teknikal, PPPPP. Masjid yang baru dibina ini mampu memuatkan hampir 1100 jemaah dalam satu-satu masa berbanding kapasiti masjid lama yang hanya mampu menampung kira-kira 500 orang jemaah sahaja. Uniknya masjid ini berbanding masjid-masjid lain adalah kerana ia dilengkapi dengan perpustakaan dan kolah yang dilengkapi penapis air. Adalah diharapkan dengan siapnya masjid yang serba lengkap ini akan memberi keselesaan kepada para jemaah dan kemudahan-kemudahan ini hendaklah dijaga dengan rapi supaya dapat dimanfaatkan sepenuhnya. Pada majlis tersebut juga diumumkan bahawa Sembahyang Jumaat yang pertama di masjid baru adalah pada 16 Mei 2014 bersamaan 16 Rejab 1345H yang dihadiri oleh TYT Negeri Pulau Pinang.

 

Sumber : Seksyen Projek Khas

Tarikh Kemaskini : 19 Mei 2014

Majlis Penyerahan Masjid Nurussaadah Lahar Tabut, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang telah diadakan pada 15 Mei 2014 (Khamis) bertempat di dalam Masjid Nurussaadah Lahar Tabut, Seberang Perai Utara. Majlis tersebut telah disempurnakan dengan upacara menandatangani Dokumen Siap Kerja serta Penyerahan Projek Siap daripada Pegawai Kemajuan Negeri Pulau Pinang kepada wakil Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) dengan disaksikan oleh Ahli Parlimen Kepala Batas, YB Dato’ Seri Reezal Merican bin Naina Merican. Turut hadir pada majlis tersebut adalah pegawai-pegawai dari Pejabat Pembangunan Persekutuan Pulau Pinang(PPPPP), Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang, Jabatan Mufti Pulau Pinang serta ahli-ahli qaryah Masjid Jamek Lahar Tabut. Cadangan Projek Meroboh Dan Membina Semula Masjid Jamek Lahar Tabut ini ini telah bermula pada tahun 2011 dan dipelopori oleh YABHg Tun Abdullah bin Haji Ahmad Badawi, mantan Perdana Menteri yang juga Ahli Parlimen Kepala Batas ketika itu dan telah diluluskan peruntukan sebanyak RM2.4 juta oleh Kerajaan Persekutuan pada 5 Disember 2011. Kerja-kerja pembinaan semula masjid ini telah bermula pada 4 Julai 2012 dan siap sepenuhnya pada 30 April 2014. Projek ini dilaksanakan sepenuhnya oleh Seksyen Teknikal, PPPPP. Masjid yang baru dibina ini mampu memuatkan hampir 1100 jemaah dalam satu-satu masa berbanding kapasiti masjid lama yang hanya mampu menampung kira-kira 500 orang jemaah sahaja. Uniknya masjid ini berbanding masjid-masjid lain adalah kerana ia dilengkapi dengan perpustakaan dan kolah yang mempunyai penapis air. Adalah diharapkan dengan siapnya masjid yang serba lengkap ini akan memberi keselesaan kepada para jemaah dan kemudahan-kemudahan ini hendaklah dijaga dengan rapi supaya dapat dimanfaatkan sepenuhnya. Pada majlis tersebut juga diumumkan bahawa Sembahyang Jumaat yang pertama di masjid baru adalah pada 16 Mei 2014 bersamaan 16 Rejab 1345H yang akan dihadiri oleh TYT Negeri Pulau Pinang.