1 ICU

1 ICU
1 Hati 1 Fikiran 1 Tindakan.

Piagam Pelanggan

Piagam Pelanggan
Janji ICU JPM.

Direktori Pegawai

Direktori Pegawai
Maklumat Pegawai.

Tender / Sebutharga

Tender / Sebutharga
Muat Turun Borang.

LAWATAN KERJA YBHG. TAN SRI MOHAMAD ZABIDI ZAINAL, KETUA PENGARAH PERKHIDMATAN AWAM (KPPA) MALAYSIA KE SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SRI MUDA, PENAGA PADA 10 MEI 2014

PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP

 

Bersempena lawatan YBhg. Tan Sri YBhg. Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) Malaysia ke Negeri Pulau Pinang, Hari Anugerah Kecemerlangan Akademik tahun 2014 bagi Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Muda, Penaga telah diadakan pada 10 Mei 2014, bermula jam 8.00 pagi. SMK Sri Muda meninggalkan seribu kenangan di hati YBhg. Tan Sri KPPA kerana di sekolah inilah YBhg. Tan Sri KPPA telah mendapat pendidikan awal beliau sehingga menjadikan beliau insan hebat seperti hari ini. Hari Anugerah Kecemerlangan Akademik SMK Sri Muda ini telah dihadiri oleh YBhg. Tan Sri KPPA dan isteri bersama-sama Pihak Pengurusan Tertinggi dari Jabatan Perkhidmatan Awam yang diantaranya adalah Y.Bhg. Dato’ Dr. Sharifah Zarah Binti Syed Ahmad, Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Pembangunan) dan Y.Bhg. Dato’ Yeow Chin Kiong, Pengarah Bahagian Pasca Perkhidmatan. Selain itu, Y.Bhg. Dato’ Haji Farizan Bin Darus, Setiausaha Kerajaan Negeri, Y.B. Dato’ Seri Reezal Merican Bin Naina Merican, Ahli Parlimen Kepala Batas dan Y.B Tuan Mohd Zain Bin Ahmad, Adun Penaga adalah tetamu kehormat yang turut hadir di Majlis ini.

 

Majlis dimulakan dengan ucapan daripada YBrs. Tn. Hj Mohd Noor bin Yusof , Pengetua Cemerlang SMK Sri Muda dan disempurnakan dengan ucapan perasmian daripada YBhg. Tan Sri KPPA. Majlis ini diserikan lagi dengan persembahan daripada pelajar-pelajar SMK Sri Muda yang bertenaga dan menghiburkan. Hari Anugerah Kecemerlangan Akademik tahun 2014 bagi Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Muda, Penaga ini diakhiri dengan penyampaian "Mock Cheque" sumbangan Kerajaan Persekutuan bernilai RM5,000.00 kepada PIBG SMK Sri Muda. Secara keseluruhannya lawatan YBhg. Tan Sri KPPA ke SMK Sri Muda memberi inspirasi dan semangat baru kepada semua warga SMK Sri Muda khususnya pelajar-pelajar yang bakal menjadi pemimpin dan peneraju negara ini pada masa hadapan.

 

Sumber : Seksyen Urusetia & Tugas-tugas Khas

Tarikh Kemaskini : 14 Mei 2014

Bersempena lawatan YBhg. Tan Sri YBhg. Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) Malaysia ke Negeri Pulau Pinang, Hari Anugerah Kecemerlangan Akademik tahun 2014 bagi Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Muda, Penaga telah diadakan pada 10 Mei 2014, bermula jam 8.00 pagi. SMK Sri Muda meninggalkan seribu kenangan di hati YBhg. Tan Sri KPPA kerana di sekolah inilah YBhg. Tan Sri KPPA telah mendapat pendidikan awal beliau sehingga menjadikan beliau insan hebat seperti hari ini. Hari Anugerah Kecemerlangan Akademik SMK Sri Muda ini telah dihadiri oleh YBhg. Tan Sri KPPA dan isteri bersama-sama Pihak Pengurusan Tertinggi dari Jabatan Perkhidmatan Awam yang diantaranya adalah Y.Bhg. Dato’ Dr. Sharifah Zarah Binti Syed Ahmad, Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Pembangunan) dan Y.Bhg. Dato’ Yeow Chin Kiong, Pengarah Bahagian Pasca Perkhidmatan. Selain itu, Y.Bhg. Dato’ Haji Farizan Bin Darus, Setiausaha Kerajaan Negeri, Y.B. Dato’ Seri Reezal Merican Bin Naina Merican, Ahli Parlimen Kepala Batas dan Y.B Tuan Mohd Zain Bin Ahmad, Adun Penaga adalah tetamu kehormat yang turut hadir di Majlis ini. Majlis dimulakan dengan ucapan daripada YBrs. Tn. Hj Mohd Noor bin Yusof , Pengetua Cemerlang SMK Sri Muda dan disempurnakan dengan ucapan perasmian daripada YBhg. Tan Sri KPPA. Majlis ini diserikan lagi dengan persembahan daripada pelajar-pelajar SMK Sri Muda yang bertenaga dan menghiburkan. Hari Anugerah Kecemerlangan Akademik tahun 2014 bagi Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Muda, Penaga ini diakhiri dengan penyampaian "Mock Cheque" sumbangan Kerajaan Persekutuan bernilai RM5,000.00 kepada PIBG SMK Sri Muda. Secara keseluruhannya lawatan YBhg. Tan Sri KPPA ke SMK Sri Muda memberi inspirasi dan semangat baru kepada semua warga SMK Sri Muda khususnya pelajar-pelajar yang bakal menjadi pemimpin dan peneraju negara ini pada masa hadapan.