1 ICU

1 ICU
1 Hati 1 Fikiran 1 Tindakan.

Piagam Pelanggan

Piagam Pelanggan
Janji ICU JPM.

Direktori Pegawai

Direktori Pegawai
Maklumat Pegawai.

Tender / Sebutharga

Tender / Sebutharga
Muat Turun Borang.

MAJLIS PENYERAHAN PROJEK SIAP MENAIKTARAF SEKOLAH AGAMA RAKYAT PADANG LALANG DAN SEKOLAH AGAMA RAKYAT KEPALA GAJAH, PULAU PINANG PADA 18 APRIL 2014

PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP

 

Majlis Penyerahan Projek Siap Menaiktaraf dua Sekolah Agama Rakyat iaitu Sekolah Rendah Agama As-Salam, Padang Lalang dan Sekolah Rendah Agama As-Siddiq, Kepala Gajah telah disempurnakan oleh Pegawai Kemajuan Negeri Pulau Pinang. Projek ini telah diluluskan pada 9 Mac 2013 semasa Program Turun Padang YAB Timbalan Perdana Menteri ke Parlimen Nibong Tebal, Pulau Pinang dengan kos sebanyak RM0.5 juta bagi setiap sekolah. Pembinaan sekolah bermula pada 30 April 2013 dan siap sepenuhnya pada 31 Disember 2013. YBrs Tuan Pegawai Kemajuan Negeri di dalam ucapan beliau berharap dengan pembinaan bangunan baru sekolah akan memberikan keselesaan kepada semua pelajar dan moga-moga lebih ramai kanak-kanak Islam akan mendapat pendidikan agama di sekitar kawasan Nibong Tebal. Bangunan baru satu blok 2 tingkat untuk kedua-dua sekolah agama tersebut dilengkapi dengan 4 bilik darjah dan dapat memuatkan 120 orang murid dilaksanakan sepenuhnya oleh Seksyen Teknikal, Pejabat Pembangunan Persekutuan Pulau Pinang.

 

Sumber : Seksyen Projek Khas

Tarikh Kemaskini : 21 April 2014

Majlis Penyerahan Projek Siap Menaiktaraf dua Sekolah Agama Rakyat iaitu Sekolah Rendah Agama As-Salam, Padang Lalang dan Sekolah Rendah Agama As-Siddiq, Kepala Gajah telah disempurnakan oleh Pegawai Kemajuan Negeri Pulau Pinang. Projek ini telah diluluskan pada 9 Mac 2013 semasa Program Turun Padang YAB Timbalan Perdana Menteri ke Parlimen Nibong Tebal, Pulau Pinang dengan kos sebanyak RM0.5 juta bagi setiap sekolah. Pembinaan sekolah bermula pada 30 April 2013 dan siap sepenuhnya pada 31 Disember 2013. YBrs Tuan Pegawai Kemajuan Negeri di dalam ucapan beliau berharap dengan pembinaan bangunan baru sekolah akan memberikan keselesaan kepada semua pelajar dan moga-moga lebih ramai kanak-kanak Islam akan mendapat pendidikan agama di sekitar kawasan Nibong Tebal. Di dalam majlis itu juga, YBrs Tuan Pegawai Kemajuan Negeri telah memaklumkan bahawa dataran kejat sekolah akan dinaiktaraf di dalam masa terdekat melalui pelaksanaan Projek Insfrastruktur Asas (PIAS) bagi tahun 2014. Sekolah baru setinggi 2 tingkat ini dilengkapi dengan 4 bilik darjah dan dapat memuatkan 120 orang murid dilaksanakan sepenuhnya oleh Seksyen Teknikal, Pejabat Pembangunan Persekutuan Pulau Pinang.