1 ICU

1 ICU
1 Hati 1 Fikiran 1 Tindakan.

Piagam Pelanggan

Piagam Pelanggan
Janji ICU JPM.

Direktori Pegawai

Direktori Pegawai
Maklumat Pegawai.

Tender / Sebutharga

Tender / Sebutharga
Muat Turun Borang.

LAWATAN YAB TIMBALAN PERDANA MENTERI KE PULAU PINANG PADA 17 APRIL 2014

PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP

 

YAB Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Haji Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia telah mengadakan Lawatan Ke Pulau Pinang pada hari Khamis, 17 April 2014. Lawatan ini merupakan lawatan pertama beliau ke Pulau Pinang bagi tahun ini. YAB Timbalan Perdana Menteri telah mengadakan perjumpaan bersama lebih kurang 2,000 orang guru-guru agama dan pegawai masjid di dalam Majlis Ramah Mesra YAB Timbalan Perdana Menteri Bersama Guru-Guru Agama Dan Pegawai Masjid Pulau Pinang yang telah diadakan di Dewan Perdana, MRSM Kepala Batas. Di dalam ucapan beliau, YAB Timbalan Perdana Menteri memaklumkan bahawa Kerajaan Persekutuan sentiasa memberi keutamaan kepada pembangunan agama Islam sebagai agama rasmi negara. YAB Timbalan Perdana Menteri juga turut menyampaikan anugerah dan penghargaan kepada Imam, Bilal, Siak, Guru Takmir, Guru KAFA dan Sekolah KAFA Cemerlang serta Sekolah KAFA Harapan bagi 6 Daerah Pentadbiran Agama di negeri Pulau Pinang sebagai penyuntik semangat untuk mereka terus berbakti kepada agama, bangsa dan tanahair. YAB Timbalan Perdana Menteri juga menyempurnakan pameran “Peruntukan Kerajaan Persekutuan Untuk Pembangunan Masyarakat Islam Pulau Pinang – ‘Memartabatkan Islam Melalui Kelangsungan Pembangunan”.

 

Sumber : Seksyen Projek Khas

Tarikh Kemaskini : 21 April 2014

YAB Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Haji Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia telah mengadakan Lawatan Ke Pulau Pinang pada hari Khamis, 17 April 2014. Lawatan ini merupakan lawatan pertama beliau ke Pulau Pinang bagi tahun ini. Pada sesi pagi, YAB Timbalan Perdana Menteri telah mengadakan perjumpaan bersama lebih kurang 2,000 orang guru-guru agama dan pegawai masjid di dalam Majlis Ramah Mesra YAB Timbalan Perdana Menteri Bersama Guru-Guru Agama Dan Pegawai Masjid Pulau Pinang yang telah diadakan di Dewan Perdana, MRSM Kepala Batas. Di dalam ucapan beliau, YAB Timbalan Perdana Menteri mengatakan bahawa Kerajaan Persekutuan sentiasa memberi keutamaan kepada pembangunan agama Islam sebagai agama rasmi negara bagi mengukuhkan umat Islam di Malaysia supaya tidak dipandang rendah oleh masyarakat lain. YAB Timbalan Perdana Menteri juga turut menyampaikan anugerah dan penghargaan kepada guru KAFA Cemerlang, Imam, Bilal, Siak, Guru Takmir, Sekolah KAFA Cemerlang dan Sekolah KAFA Harapan bagi 6 Daerah Pentadbiran Agama di negeri Pulau Pinang sebagai penyuntik semangat untuk mereka terus berbakti kepada agama, bangsa dan tanahair. YAB Timbalan Perdana Menteri juga menyempurnakan pameran “Peruntukan Kerajaan Persekutuan Untuk Pembangunan Masyarakat Islam Pulau Pinang – ‘Memartabatkan Islam Melalui Kelangsungan Pembangunan”. Pada sebelah petang, YAB Timbalan Perdana Menteri telah berjumpa dengan warga Institut Pendidikan Guru (IPG) Zon Utara yang telah diadakan di Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang. YAB Timbalan Perdana Menteri di dalam ucapan beliau di hadapan 2,000 orang bakal pendidik telah menasihatkan meraka supaya tidak menjadikan profesion guru sebagai pilihan kedua lepasan sekolah atau IPT kerana mereka memainkan peranan dalam melahirkan golongan muda yang menjadi modal insan serta penentu hala tuju masa depan negara. Di dalam majlis tersebut YAB Timbalan Perdana Menteri telah meluluskan peruntukan sebanyak RM3.38 juta bagi menaiktaraf 9 Blok Kolej Kediaman IPG Kampus Pulau Pinang dan Membaiki Dewan Agong, Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang.