1 ICU

1 ICU
1 Hati 1 Fikiran 1 Tindakan.

Piagam Pelanggan

Piagam Pelanggan
Janji ICU JPM.

Direktori Pegawai

Direktori Pegawai
Maklumat Pegawai.

Tender / Sebutharga

Tender / Sebutharga
Muat Turun Borang.

MAJLIS PERASMIAN MASJID JAMI’ AL-MUNAWWAR (JALAN KELAWAI), PULAU PINANG PADA 28 MAC 2014

PPPPP PPPPP PPPPP

 

Masjid Jami’ Al-Munawar (Kelawei), Pulau Pinang telah dirasmikan pada hari Jumaat 28 Mac 2014 bersamaan 26 Jamadilawal 1435H oleh Tuan Yang Terutama Tun Dato' Seri Utama (Dr.) Haji Abdul Rahman bin Haji Abbas, Yang Di-Pertua Negeri Pulau Pinang. Pembinaan masjid ini merupakan keprihatinan Kerajaan Persekutuan dalam menegakkkan syiar Islam di Pulau Pinang dengan membelanjakan sebanyak RM3.8 juta bagi kos projek. Masjid yang berusia lebih 100 tahun ini telah diroboh dan dibina semula di atas tapak seluas 15,777 kaki persegi pada 22 Februari 2010 dan siap pada 31 Mac 2012 dengan kapasiti 1,200 orang jemaah pada satu-satu masa.

 

Uniknya Masjid Jami’ Al-Munawwar (Jalan Kelawai), Pulau Pinang ini kerana memiliki karakteristik seni bina Kesultanan Uthmaniyyah, iaitu terdiri daripada kubah yang besar, tiang-tiang dan minaret yang tinggi, shaf sembahyang menggunakan batu marmar yang diimport khas dari Iran serta menggabungkan mihrab dalam satu masjid dengan seni ukiran khat yang diilhamkan dari Turki.

 

Kini, Masjid Jami’ Al-Munawar (Jalan Kelawai), Pulau Pinang tersergam indah dan menjadi syiar keindahan seni bina Islam di tengah-tengah laluan utama ke Zon Pelancongan Pulau Pinang

 

Sumber : Seksyen Projek Khas

Tarikh Kemaskini : 28 Mac 2014

Masjid Jami’ Al-Munawar (Kelawei), Pulau Pinang telah dirasmikan pada hari Jumaat 28 Mac 2014 bersamaan 26 Jamadilawal 1435H oleh Tuan Yang Terutama Tun Dato' Seri Utama (Dr.) Haji Abdul Rahman bin Haji Abbas, Yang Di-Pertua Negeri Pulau Pinang. Pembinaan masjid ini merupakan keprihatinan Kerajaan Persekutuan dalam menegakkkan syiar Islam di Pulau Pinang dengan membelanjakan sebanyak RM3.8 juta bagi kos projek. Masjid yang berusia lebih 100 tahun ini telah diroboh dan dibina semula di atas tapak seluas 15,777 kaki persegi pada 22 Februari 2010 dan siap pada 31 Mac 2012 dengan kapasiti 1,200 orang jemaah pada satu-satu masa. Uniknya Masjid Jami’ Al-Munawwar (Kelawei), Pulau Pinang ini kerana memiliki karakteristik seni bina Kesultanan Uthmaniyyah, iaitu terdiri daripada kubah yang besar, tiang-tiang dan minaret yang tinggi, shaf sembahyang menggunakan batu marmar yang diimport khas dari Iran serta menggabungkan mihrab dalam satu masjid dengan seni ukiran khat yang diilhamkan dari Turki. Kini, Masjid Jami’ Al-Munawar (Kelawei), Pulau Pinang tersergam indah dan menjadi syiar keindahan seni bina Islam di tengah-tengah laluan utama ke Zon Pelancongan Pulau Pinang.