1 ICU

1 ICU
1 Hati 1 Fikiran 1 Tindakan.

Piagam Pelanggan

Piagam Pelanggan
Janji ICU JPM.

Direktori Pegawai

Direktori Pegawai
Maklumat Pegawai.

Tender / Sebutharga

Tender / Sebutharga
Muat Turun Borang.

PROGRAM MOBILE COMMUNITY TRANSFORMATION CENTRE (CTC) PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG DI DATARAN MASJID DAERAH BALIK PULAU, PULAU PINANG PADA 15 MAC 2014

PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP

Pusat Transformasi Komuniti Bergerak ataupun lebih dikenali dengan Mobile CTC merupakan salah satu inisiatif Strategi Lautan Biru Kebangsaan (National Blue Ocean Strategy) yang telah diperkenalkan oleh Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) bagi memastikan pelaksanaan program Mobile CTC dapat direalisasikan dan mencapai objektifnya. Mobile CTC diperkenalkan bertujuan menyediakan platform kepada rakyat terutamanya penduduk luar Bandar / kampung untuk mendapatkan perkhidmatan utama Kerajaan (key touchpoint services), penerangan mengenai bantuan-bantuan kerajaan yang boleh disalurkan secara terus kepada kumpulan sasar serta memberi penerangan dan kesedaran kepada rakyat mengenai dasar, program, juga aktiviti melalui kementerian dan agensi kerajaan. Mobile CTC ini adalah berkonsepkan pusat sehenti selaras dengan pelaksanaan Pusat Transformasi Bandar (Urban Transformation Centre/ UTC) bagi komuniti Bandar dan Pusat Transformasi Luar Bandar (Rural Transformation Centre/ RTC) bagi penduduk luar bandar. Di peringkat Negeri Pulau Pinang, Program Mobile CTC telah diadakan pada 15 Mac 2014 bertempat di Dataran Masjid Daerah Balik Pulau, Pulau Pinang. Pelbagai Jabatan / Agensi Kerajaan yang memberikan perkhidmatan kepada masyarakat seperti Jabatan Pengangkutan Jalan, Setiausaha Kerajaan Negeri, Jabatan Kesihatan Negeri, Lembaga Hasil Dalam Negeri, Jabatan Pendaftaran Negara, TEKUN Nasional, Pasar Bergerak 1 Malaysia, Suruhanjaya Syarikat Malaysia dan Institusi Perbankan. Program ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato’ Seri Dr. Haji Hilmi b. Haji Yahaya, Ahli Parlimen Balik Pulau merangkap Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia dan turut dihadiri oleh Yang Berbahagia Dato’ Dr. Baharom Jani, Pengarah Unit Strategi Nasional, Kementerian Kewangan Malaysia, Yang Berhormat Datuk Shah Headan bin Ayoob Hussain Shah, Ahli Dewan Undangan Negeri Telok Bahang dan YBrs. Tuan Syed Shaari bin Syed Abdullah, Pegawai Kemajuan Negeri Pulau Pinang.

Sumber : Seksyen Khidmat Pengurusan

Tarikh Kemaskini : 18 Mac 2014