1 ICU

1 ICU
1 Hati 1 Fikiran 1 Tindakan.

Piagam Pelanggan

Piagam Pelanggan
Janji ICU JPM.

Direktori Pegawai

Direktori Pegawai
Maklumat Pegawai.

Tender / Sebutharga

Tender / Sebutharga
Muat Turun Borang.

LAWATAN KETUA PENGARAH ICU JPM KE MAJLIS PENYERAHAN BANTUAN RAKYAT 1MALAYSIA (BR1M) 2014 DI SK SUNGAI NIBONG, BAYAN BARU, PULAU PINANG

PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP

 

Pada 2 Mac 2014 (Ahad) jam 9.00 pagi telah diadakan Majlis Penyerahan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2014 di Sekolah Kebangsaan Sungai Nibong, Bayan Baru melibatkan 3,910 penerima yang layak. Majlis yang telah dikelolakan oleh Pejabat Kemas Kawasan Parlimen Bayan Baru dengan kerjasama Pejabat Pembangunan Persekutuan Pulau Pinang telah menerima kunjungan YBhg Tan Sri Haji Shukry bin Mohd Salleh, Ketua Pengarah, Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM) pada jam 9.30 pagi untuk meninjau pengagihan BR1M dikawasan Parlimen Bayan Baru. Turut hadir ialah Tuan Syed Shaari bin Syed Abdullah, Pegawai Kemajuan Negeri Pulau Pinang, Tuan Haji Saringat bin Hassan, Pengurus Besar PERDA dan YBhg Ir Mansor Musa, Pengerusi Majlis Pembangunan Pertanian Persekutuan Parlimen Bayan Baru. Dalam majlis tersebut, YBhg Tan Sri telah menyampaikan ucapan kepada penerima BR1M Parlimen Bayan Baru yang hadir pada majlis tersebut. Dalam ucapan, beliau telah menyentuh tentang pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) oleh kerajaan persekutuan yang bertujuan untuk membantu rakyat yang berpendapatan RM4,000 kebawah. Ini menunjukkan kerajaan Persekutuan prihatin terhadap keperluan rakyat untuk meringankan beban dan kos sara hidup yang dihadapi rakyat. Beliau turut berkata bahawa selain Bantuan Rakyat 1Malaysia, kerajaan turut menyediakan pelbagai jenis bantuan untuk membantu rakyat seperti program e-Kasih yang diselia oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan, ICU JPM.

 

 

Menurut beliau lagi, sistem ekasih merupakan sistem yang diwujudkan di peringkat nasional bagi membantu masyarakat yang berada dalam kelompok miskin. Sistem ini juga dijadikan rujukan oleh kementerian/agensi yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam program pembasmian kemiskinan bagi isi rumah berpendapatan dibawah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) yang telah ditetapkan oleh kerajaan iaitu RM830 untuk kategori miskin dan RM520 untuk kategori miskin tegar. Dalam majlis agihan tersebut telah disediakan perkhidmatan bank bagi memudahkan rakyat untuk menunaikan baucer. Selesai ucapan, YBhg Tan Sri turut menyampaikan kit BR1M kepada 13 orang penerima BR1M warga emas pada majlis tersebut dan seterusnya beliau berkesempatan untuk meninjau sistem agihan BR1M bermula dari pendaftaran penerima BR1M sehingga ke perkhidmatan menunaikan baucer di kaunter bank. Semasa tinjauan tersebut, YBhg Tan Sri Haji Shukry Mohd Salleh mengingatkan pegawai dan kakitangan ICU JPM untuk membuat intervensi bagi melancarkan agihan supaya orang ramai tidak mengambil masa yang panjang untuk pendaftaran dan menunaikan baucer. YBhg Tan Sri seterusnya beredar dari majlis pada jam 10.00 pagi.

 

Sumber : Seksyen Pembangunan Masyarakat & Institusi

Tarikh Kemaskini : 3 Mac 2014

Pada 2 Mac 2014 (Ahad) jam 9.00 pagi telah diadakan Majlis Penyerahan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2014 di Sekolah Kebangsaan Sungai Nibong, Bayan Baru melibatkan 3,910 penerima yang layak. Majlis yang telah dikelolakan oleh Pejabat Kemas Kawasan Parlimen Bayan Baru dengan kerjasama Pejabat Pembangunan Persekutuan Pulau Pinang telah menerima kunjungan YBhg Tan Sri Haji Shukry bin Mohd Salleh, Ketua Pengarah, Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM) pada jam 9.30 pagi untuk meninjau pengagihan BR1M dikawasan Parlimen Bayan Baru. Turut hadir ialah Tuan Syed Shaari bin Syed Abdullah, Pegawai Kemajuan Negeri Pulau Pinang, Tuan Haji Saringat bin Hassan, Pengurus Besar PERDA dan YBhg Ir Mansor Musa, Pengerusi Majlis Pembangunan Pertanian Persekutuan Parlimen Bayan Baru. Dalam majlis tersebut, YBhg Tan Sri telah menyampaikan ucapan kepada penerima BR1M Parlimen Bayan Baru yang hadir pada majlis tersebut.