1 ICU

1 ICU
1 Hati 1 Fikiran 1 Tindakan.

Piagam Pelanggan

Piagam Pelanggan
Janji ICU JPM.

Direktori Pegawai

Direktori Pegawai
Maklumat Pegawai.

Tender / Sebutharga

Tender / Sebutharga
Muat Turun Borang.

LAWATAN KETUA PENGARAH ICU JPM KE MAJLIS PERASMIAN JAMBATAN KE-2 PULAU PINANG PADA 1 MAC 2014

PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP

 

Pada 1 Mac 2014 yang lalu YBhg Tan Sri Haji Shukry bin Mohd Salleh, Ketua Pengarah ICU JPM telah berbesar hati untuk menghadiri Majlis Pelancaran Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah pada jam 8.30 malam di persiaran bertingkat Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah di Batu Maung. Jambatan yang menelan kos RM 4.5 bilion itu adalah sepanjang 24 km (15 batu) dan menjadi jambatan yang terpanjang di Malaysia dan Asia Tenggara. Lebih 10,000 orang hadir ke majlis yang bersejarah untuk rakyat Pulau Pinang itu bagi menyaksikan perasmian oleh YAB Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia. Acara bersejarah itu turut disaksikan bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi dan isteri Tun Jeane Abdullah, bekas Ketua Menteri Pulau Pinang Tan Sri Dr Koh Tsu Koon, Duta Khas Malaysia ke India dan Asia Selatan Datuk Seri S. Samy Vellu serta Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir. Hadir sama Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Wahid Omar, YBhg Dato’ Ahmad Zaki Ansore bin Mohd Yusof, Timbalan Ketua Pengarah (Sektor Penyelarasan Projek Khas) ICU JPM, Tuan Syed Shaari bin Syed Abdullah Pegawai Kemajuan Negeri Pulau Pinang dan Tuan Haji Hadzir bin Mat Zain Pegawai Kemajuan Negeri Kedah. Perdana menteri dan isteri kemudiannya turut menaiki bas dua tingkat tanpa bumbung dari persimpangan Batu Maung hingga ke gerbang jambatan itu. YBhg Tan Sri Haji Shukry bin Mohd Salleh, Ketua Pengarah ICU JPM dan para dif kehormat yang lain turut mengiringi YAB Perdana Menteri menaiki bas hop on hop off untuk menikmati pemandangan dan bergambar di atas Jambatan Kedua Pulau Pinang. Pembinaan Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah ini dijangka akan mengurangkan kesesakan di Jambatan Pulau Pinang, selain merapatkan lagi pembangunan sosial dan ekonomi antara Batu Maung di kawasan pulau dan Batu Kawan di tanah besar.

 

 

Pada acara petang sebelumnya, YBhg Tan Sri Haji Shukry telah menghadiri Majlis Perasmian Karnival Jom Riuh yang dirasmikan oleh Tuan Yang Terutama Tun Dato’ Seri Utama (Dr.) Haji Abdul Rahman Bin Haji Abbas, Yang-Dipertua Negeri Pulau Pinang di lokasi yang sama pada jam 3.30 petang. Lawatan tersebut turut disertai oleh Y.Bhg Dato’ Ahmad Zaki Ansore bin Mohd Yusof, Timbalan Ketua Pengarah (Sektor Penyelarasan Projek Khas) ICU JPM dan diiringi oleh Tuan Syed Shaari bin Syed Abdullah, Pegawai Kemajuan Negeri Pulau Pinang dan pegawai-pegawai Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Pulau Pinang yang turut bertindak sebagai Ahli Jawatankuasa Sambutan Dan Protokol bagi kedua-dua majlis. Y.Bhg Tan Sri Haji Shukry bin Mohd Salleh, Ketua Pengarah ICU JPM, turut melawat beberapa gerai terpilih yang dikelolakan oleh pihak Pejabat pembangunan Persekutuan Pulau Pinang sebelum meninggalkan majlis pada jam 5.30 petang.

 

Sumber : Seksyen Pembangunan Masyarakat & Institusi

Tarikh Kemaskini : 3 Mac 2014

Lawatan Ketua Pengarah Icu Jpm Ke Pulau Pinang Pada 1 Mac 2014