1 ICU

1 ICU
1 Hati 1 Fikiran 1 Tindakan.

Piagam Pelanggan

Piagam Pelanggan
Janji ICU JPM.

Direktori Pegawai

Direktori Pegawai
Maklumat Pegawai.

Tender / Sebutharga

Tender / Sebutharga
Muat Turun Borang.

MAJLIS PENYAMPAIAN BANTUAN RAKYAT 1MALAYSIA (BR1M) PARLIMEN NIBONG TEBAL PADA 23 FEBRUARI 2014

PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP

Pada 23 Februari 2014, YBhg Dato’ Zainal Abidin bin Osman, Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Pulau Pinang (MTPNg) telah merasmikan Majlis Penyampaian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) di Dewan PERDA Sungai Acheh, Parlimen Nibong Tebal. Majlis Penyampaian BR1M 2014 pada hari tersebut telah diadakan serentak di enam (6) lokasi melibatkan 3,000 penerima BR1M iaitu di SMK Dato’ Kailan, Kepala Batas, SMK Desa Murni, Tasek Gelugor, SMK Guar Perahu, Permatang Pauh, Dewan Pemuda Batu Uban, Bayan Baru, Dewan Utama Politeknik, Balik Pulau termasuk Dewan PERDA Sungai Acheh, Nibong Tebal. Dalam ucapan oleh YBhg Dato’ Zainal Abidin bin Osman, beliau menegaskan bahawa Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) merupakan salah satu daripada inisiatif Kerajaan Persekutuan dalam merasionalisasi subsidi dan mengalih secara berperingkat kaedah pemberian subsidi daripada subsidi pukal yang membawa kepada banyak ketirisan kepada subsidi yang bersasar. Di bawah prinsip ini, Kerajaan Persekutuan meneruskan pemberian subsidi melalui BR1M 2014 iaitu salah satu kaedah penyampaian subsidi bersasar hanya kepada kelompok yang betul-betul memerlukan. Bagi BR1M 2014, seramai 160,336 penerima di negeri Pulau Pinang yang tidak mempunyai akaun bank, akan menerima baucar secara berperingkat dalam tempoh tidak melebihi 20 hari, bermula pada 23 Februari 2014. Agihan kepada penerima yang tidak mempunyai akaun itu akan dilakukan para pemimpin di kawasan parlimen masing-masing. Manakala seramai 173,579 penerima BR1M di negeri Pulau Pinang yang mempunyai akaun bank pula menerima terus bantuan berkenaan dalam akaun mereka.

Pendekatan membuat pembayaran BR1M menggunakan akaun bank merupakan langkah yang lebih efisien serta memastikan rakyat tidak perlu menunggu lama untuk menikmati bantuan tersebut seperti sebelum ini. Secara keseluruhan, program BR1M 2014 dijangka memanfaatkan 205,084 isi rumah dan 109,831 individu bujang di Pulau Pinang iaitu 5.6% daripada keseluruhan penerima BR1M di Malaysia dengan peruntukkan berjumlah RM174 juta. Pemberian BR1M kepada isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah dinaikkan daripada RM500 kepada RM650, manakala bagi individu bujang berumur 21 tahun dan ke atas yang berpendapatan tidak melebihi RM2,000 sebulan, nilai bantuan dinaikkan daripada RM250 kepada RM300. Sebagai tambahan, buat pertama kalinya BR1M 3.0 diperluaskan kepada isi rumah yang berpendapatan bulanan antara RM3,000 hingga RM4,000 dengan nilai bantuan sebanyak RM450. Penambahan nilai BR1M 2014 ini diharapkan dapat meringankan beban hidup rakyat khususnya kepada golongan yang tinggal di bandar bagi memastikan lebih ramai rakyat menikmati bantuan ini. Selain itu, Majlis Penyampaian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) turut diadakan di kawasan Parlimen Kepala Batas, Tasek Gelugor, Permatang Pauh, Bayan Baru dan Balik Pulau. Di kawasan Parlimen Kepala Batas, majlis telah diadakan di SMK Dato' Kailan manakala di kawasan Parlimen Tasek Gelugor, majlis telah diadakan di SMK Desa Murni, Sungai Dua. Sementara itu bagi kawasan Parlimen Bayan Baru Majlis Penyampaian BR1M telah diadakan di Dewan Pemuda, Batu Uban manakala bagi kawasan Parlimen Balik Pulau, majlis telah diadakan di Dewan Utama, Politeknik Balik Pulau. Dalam pada itu, Pejabat Pembangunan Persekutuan Pulau Pinang ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada PERDA kerana turut membantu dalam mengadakan Majlis Penyampaian BR1M kawasan Parlimen Permatang pauh yang telah diadakan di SMK Guar Perahu.

Sumber : Seksyen Pembangunan Masyarakat & Institusi

Tarikh Kemaskini : 25 Februari 2014