1 ICU

1 ICU
1 Hati 1 Fikiran 1 Tindakan.

Piagam Pelanggan

Piagam Pelanggan
Janji ICU JPM.

Direktori Pegawai

Direktori Pegawai
Maklumat Pegawai.

Tender / Sebutharga

Tender / Sebutharga
Muat Turun Borang.

PROGRAM JOM SIHAT SAMBIL BERAMAL PADA 22 FEBRUARI 2014

PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP

Program Jom Sihat Sambil Beramal merupakan salah satu Program Touch Point yang akan dilaksanakan oleh Warga Pejabat Pembangunan Persekutuan Pulau Pinang pada tahun 2014. Beberapa program berbentuk aktiviti kemasyarakatan, alam sekitar, kebajikan dan kesihatan telah dirancang pada tahun 2014 untuk dilaksanakan bagi memupuk semangat kecintaan terhadap budaya tolong-menolong, bantu-membantu sesama masyarakat, kepentingan perkhidmatan kepada komuniti serta mendekatkan diri dengan masyarakat. Pada 22 Februari 2014, Program Jom Sihat Sambil Beramal telah diadakan di Tanah Perkuburan Islam, Pokok Machang, Padang Tembak, Pulau Pinang. Program gotong royong membersihkan kubur ini mendapat sambutan yang baik daripada penduduk Kampung yang terdiri daripada semua lapisan masyarakat, Pemimpin Persekutuan Tempatan, NGO’s, Warga Kerja Pejabat Pembangunan Persekutuan Pulau Pinang dan Ahli Kariah Masjid Jamek Paya Terubong. Majlis dimulakan dengan upacara perasmian dan diteruskan dengan aktiviti membersihkan kubur bagi golongan lelaki dan aktiviti tazkirah serta membersihkan masjid oleh golongan wanita. Majlis dirasmikan oleh YBrs. Tuan Syed Shaari bin Syed Abdullah, Pegawai Kemajuan Negeri Pulau Pinang.

Sumber : Seksyen Khidmat Pengurusan

Tarikh Kemaskini : 25 Februari 2014