1 ICU

1 ICU
1 Hati 1 Fikiran 1 Tindakan.

Piagam Pelanggan

Piagam Pelanggan
Janji ICU JPM.

Direktori Pegawai

Direktori Pegawai
Maklumat Pegawai.

Tender / Sebutharga

Tender / Sebutharga
Muat Turun Borang.

KURSUS ASAS FOTOGRAFI PEMANTAUAN PROJEK KERAJAAN PADA 13 FEBRUARI 2014

PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP

 

13 Februari 2013 (Khamis) – Seksyen Projek Khas telah menganjurkan satu kursus yang dinamakan Kursus Asas Fotografi- Pemantauan Projek Kerajaan yang diadakan khas diadakan untuk membaiki kelemahan pegawai 5P dalam penyediaan gambar projek dan juga gambar majlis yang berkualiti. Kursus Asas Fotografi dilaksanakan secara teori dan juga praktikal bagi memberi pendedahan yang lebih dekat kepada para peserta yang terdiri daripada pelbagai gred jawatan seperti penolong pengarah, penolong jurutera, juruteknik, dan kerani terutamanya yang terlibat dengan pemantauan projek. Kursus tersebut telah dirasmikan oleh YBRS Tuan Pegawai Kemajuan Negeri Pulau Pinang, Tuan Syed Shaari bin Syed Abdullah. Kursus kemudian diteruskan dengan sesi pertama kursus iaitu Taklimat Pengenalan Kamera kepada para peserta oleh Encik Ramlee bin Ibrahim, Jurukamera dari Seksyen Perhubungan Awam, ICU JPM. Encik Ramlee turut dibantu oleh Encik Mohd Shah Erwan bin Abd Hamid yang juga Ahli Fotografi Seksyen Perhubungan Awam, ICU JPM. Semasa sesi taklimat tersebut, peserta bukan sahaja diberi penerangan berkenaan teori penggunaan kamera malah setiap peserta dikehendaki untuk memegang dan merasai pengalaman mengendalikan kamera. Antara teori yang diajar adalah berkenaan lensa kamera (lance), shutter speed, ISO, white balance, metering, long shot, very long shot, low angle, dan juga high angle.

 

 

Sesi kedua kursus bermula pada jam 11.00 pagi dimana peserta kursus telah dibahagikan kepada tiga (3) kumpulan untuk menjalankan aktiviti berkumpulan. Tajuk aktiviti berkumpulan tersebut, peserta dikehendaki mengendalikan adalah Majlis Perasmian Taman Bunga. Setiap kumpulan perlu melakonkan upacara perasmian tersebut dan mengambil gambar dari pelbagai sudut yang telah diajar oleh penceramah. Sesi ketiga kursus diteruskan dengan sesi pembentangan hasil aktivit berkumpulan. Setiap kumpulan telah membentangkan hasil gambar yang diperolehi dan penceramah berpuashati dengan hasil tersebut yang menunjukkan bahawa para peserta telah memahami cara mengendalikan kamera. Peserta turut mengambil peluang dalam sesi tersebut berkongsi gambar-gambar yang pernah diambil sebelum kursus untuk dinilai dan ditambahbaik di masa hadapan. Sebagai pelengkap kepada objektif kursus tersebut, peserta telah diajar berkenaan cara penyimpanan gambar yang efisien dan teratur bagi memudahkan pencarian gambar kelak. Peserta juga disarankan untuk menyediakan satu buku log bagi merekodkan penyimpanan gambar. Kursus diakhiri dengan sesi penyampaian cenderahati kepada penceramah oleh Ketua Penolong Pengarah Seksyen Khas, Puan Idawati binti Zakariah dan diikuti dengan sesi bergambar.

 

Sumber : Seksyen Projek Khas

Tarikh Kemaskini : 18 Februari 2014

13 Februari 2013 (Khamis) – Seksyen Projek Khas telah menganjurkan satu kursus yang dinamakan Kursus Asas Fotografi- Pemantauan Projek Kerajaan yang diadakan khas diadakan untuk membaiki kelemahan pegawai 5P dalam penyediaan gambar projek dan juga gambar majlis yang berkualiti. Kursus Asas Fotografi dilaksanakan secara teori dan juga praktikal bagi memberi pendedahan yang lebih dekat kepada para peserta yang terdiri daripada pelbagai gred jawatan seperti penolong pengarah, penolong jurutera, juruteknik, dan kerani terutamanya yang terlibat dengan pemantauan projek. Kursus tersebut telah dirasmikan oleh YBRS Tuan Pegawai Kemajuan Negeri Pulau Pinang, Tuan Syed Shaari bin Syed Abdullah. Kursus kemudian diteruskan dengan sesi pertama kursus iaitu Taklimat Pengenalan Kamera kepada para peserta oleh Encik Ramlee bin Ibrahim, Jurukamera dari Seksyen Perhubungan Awam, ICU JPM. Encik Ramlee turut dibantu oleh Encik Mohd Shah Erwan bin Abd Hamid yang juga Ahli Fotografi Seksyen Perhubungan Awam, ICU JPM. Semasa sesi taklimat tersebut, peserta bukan sahaja diberi penerangan berkenaan teori penggunaan kamera malah setiap peserta dikehendaki untuk memegang dan merasai pengalaman mengendalikan kamera. Antara teori yang diajar adalah berkenaan lensa kamera (lance), shutter speed, ISO, white balance, metering, long shot, very long shot, low angle, dan juga high angle. Sesi kedua kursus bermula pada jam 11.00 pagi dimana peserta kursus telah dibahagikan kepada tiga (3) kumpulan untuk menjalankan aktiviti berkumpulan. Tajuk aktiviti berkumpulan tersebut, peserta dikehendaki mengendalikan adalah Majlis Perasmian Taman Bunga. Setiap kumpulan perlu melakonkan upacara perasmian tersebut dan mengambil gambar dari pelbagai sudut yang telah diajar oleh penceramah. Sesi ketiga kursus diteruskan dengan sesi pembentangan hasil aktivit berkumpulan. Setiap kumpulan telah membentangkan hasil gambar yang diperolehi dan penceramah berpuashati dengan hasil tersebut yang menunjukkan bahawa para peserta telah memahami cara mengendalikan kamera. Peserta turut mengambil peluang dalam sesi tersebut berkongsi gambar-gambar yang pernah diambil sebelum kursus untuk dinilai dan ditambahbaik di masa hadapan. Sebagai pelengkap kepada objektif kursus tersebut, peserta telah diajar berkenaan cara penyimpanan gambar yang efisien dan teratur bagi memudahkan pencarian gambar kelak. Peserta juga disarankan untuk menyediakan satu buku log bagi merekodkan penyimpanan gambar. Kursus diakhiri dengan sesi penyampaian cenderahati kepada penceramah oleh Ketua Penolong Pengarah Seksyen Khas, Puan Idawati binti Zakariah dan diikuti dengan sesi bergambar.