1 ICU

1 ICU
1 Hati 1 Fikiran 1 Tindakan.

Piagam Pelanggan

Piagam Pelanggan
Janji ICU JPM.

Direktori Pegawai

Direktori Pegawai
Maklumat Pegawai.

Tender / Sebutharga

Tender / Sebutharga
Muat Turun Borang.

LAWATAN KERJA KETUA PENGARAH ICU JPM KE PULAU PINANG PADA 29 DAN 30 JANUARI 2014

PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP

 

YBhg Tan Sri Haji Shukry bin Mohd Salleh, Ketua Pengarah ICU JPM telah mengadakan Lawatan Turun Padang ke Negeri Pulau Pinang pada 29 dan 30 Januari 2014. Tujuan lawatan ini diadakan adalah bagi meninjau pelaksanaan projek-projek pembangunan yang telah dan sedang dilaksanakan oleh Pejabat Pembangunan Persekutuan Pulau Pinang. Lawatan selama dua hari tersebut turut disertai oleh YBhg Dato’ Ahmad Zaki Ansore bin Mohd Yusof, Timbalan Ketua Pengarah (Sektor Penyelarasan Projek Khas) ICU JPM, Tuan Syed Shaari bin Syed Abdullah, Pegawai Kemajuan Negeri Pulau Pinang, Tuan Haji Ismail bin Harun, Timbalan Pegawai Kemajuan Negeri II dan pegawai-pegawai dari Seksyen Khas, Seksyen Teknikal, Pejabat Kemajuan Zon Pulau dan Seberang Perai.

 

 

Sebanyak 8 projek telah dilawat oleh Ketua Pengarah ICU JPM iaitu melibatkan 4 projek di Daerah Seberang Perai Selatan (SPS) dan 4 projek di Daerah Barat Daya (DBD). 4 projek di Daerah SPS adalah Membina Masjid Baru Sungai Acheh, Tapak Cadangan Pembinaan Dewan Serbaguna di Nibong Tebal, Masjid Jamek Tasek Junjong dan Menaiktaraf Sekolah Agama Rakyat Padang Lalang. Sementara itu 4 projek di Daerah Barat Daya adalah Membina Masjid Kampung Teluk Kumbar, Membaiki Jeti Nelayan Teluk Kumbar, Naiktaraf Balairaya Kampung Genting dan Membina Baru Titi Sungai Burung, Balik Pulau.

 

 

YBhg Ketua Pengarah amat berpuas hati dengan prestasi pelaksanaan projek yang dilaksanakan oleh Pejabat Pembangunan Persekutuan Pulau Pinang (PPPPP) dan berharap pegawai-pegawai PPPPP akan terus komited dan berintegriti bagi memastikan kelangsungan kecemerlangan ICU JPM. Selain itu, beliau turut mengingatkan supaya pelaksanaan projek yang dibiayai menggunakan peruntukan Kerajaan hendaklah di atas tapak yang sah dan mematuhi segala peraturan Kerajaan yang berkaitan.

 

Sumber : Seksyen Projek Khas

Tarikh Kemaskini : 5 Februari 2014

YBhg Tan Sri Haji Shukry bin Mohd Salleh, Ketua Pengarah ICU JPM telah mengadakan Lawatan Turun Padang ke Negeri Pulau Pinang pada 29 dan 30 Januari 2014. Tujuan lawatan ini diadakan adalah bagi meninjau pelaksanaan projek-projek pembangunan yang telah dan sedang dilaksanakan oleh Pejabat Pembangunan Persekutuan Pulau Pinang. Lawatan selama dua hari tersebut turut disertai oleh YBhg Dato’ Ahmad Zaki Ansore bin Mohd Yusof, Timbalan Ketua Pengarah (Sektor Penyelarasan Projek Khas) ICU JPM, Tuan Syed Shaari bin Syed Abdullah, Pegawai Kemajuan Negeri Pulau Pinang, Tuan Haji Ismail bin Harun, Timbalan Pegawai Kemajuan Negeri II dan pegawai-pegawai dari Seksyen Khas, Seksyen Teknikal, Pejabat Kemajuan Zon Pulau dan Seberang Perai. Sebanyak 8 projek telah dilawat oleh Ketua Pengarah ICU JPM iaitu melibatkan 4 projek di Daerah Seberang Perai Selatan (SPS) dan 4 projek di Daerah Barat Daya (DBD). 4 projek di Daerah SPS adalah Membina Masjid Baru Sungai Acheh, Tapak Cadangan Pembinaan Dewan Serbaguna di Nibong Tebal, Masjid Jamek Tasek Junjong dan Menaiktaraf Sekolah Agama Rakyat Padang Lalang. Sementara itu 4 projek di Daerah Barat Daya adalah Membina Masjid Kampung Teluk Kumbar, Membaiki Jeti Nelayan Teluk Kumbar, Naiktaraf Balairaya Kampung Genting dan Membina Baru Titi Sungai Burung, Balik Pulau. YBhg Ketua Pengarah amat berpuas hati dengan prestasi pelaksanaan projek yang dilaksanakan oleh Pejabat Pembangunan Persekutuan Pulau Pinang (PPPPP) dan berharap pegawai-pegawai PPPPP akan terus komited dan berintegriti bagi memastikan kelangsungan kecemerlangan ICU JPM. Selain itu, beliau turut mengingatkan supaya pelaksanaan projek yang dibiayai menggunakan peruntukan Kerajaan hendaklah di atas tapak yang sah dan mematuhi segala peraturan Kerajaan yang berkaitan.