1 ICU

1 ICU
1 Hati 1 Fikiran 1 Tindakan.

Piagam Pelanggan

Piagam Pelanggan
Janji ICU JPM.

Direktori Pegawai

Direktori Pegawai
Maklumat Pegawai.

Tender / Sebutharga

Tender / Sebutharga
Muat Turun Borang.

LAWATAN KERJA TUAN YANG TERUTAMA TUN DATO’ SERI UTAMA (DR.) HAJI ABDUL RAHMAN BIN HAJI ABBAS YANG-DIPERTUA NEGERI PULAU PINANG KE PEJABAT PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN PULAU PINANG

PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP

Pada 29 Januari 2014, Tuan Yang Terutama Tun Dato’ Seri Utama (Dr.) Haji Abdul Rahman Bin Haji Abbas, Yang-Dipertua Negeri Pulau Pinang telah mengadakan lawatan kerja ke Pejabat Pembangunan Persekutuan Pulau Pinang (PPPPP). Ini adalah lawatan kedua Tuan Yang Terutama Tun ke PPPPP selepas lawatan pertama pada tahun 2010. Tujuan utama lawatan ini diadakan adalah untuk mendengar taklimat pencapaian pelaksanaan program/projek Kerajaan Persekutuan di Negeri Pulau Pinang. Lawatan ini turut di hadiri oleh Y.Bhg Tan Sri Hj. Shukry bin Mohd Salleh, Ketua Pengarah ICU JPM, Y.Bhg Dato’ Ahmad Zaki Ansore bin Mohd Yusof, Timbalan Ketua Pengarah ICU JPM dan juga Ketua-ketua Jabatan persekutuan yang dijemput oleh PPPPP. Taklimat pencapaian pelaksanaan program/projek Kerajaan Persekutuan di Negeri Pulau Pinang ini telah disampaikan oleh YBrs. Tuan Syed Shaari Bin Syed Abdullah, Pegawai Kemajuan Negeri Pulau Pinang. Lawatan yang bermula pada jam 10.00 pagi sehingga 12.00 tengah hari ini mendapat maklum balas yang positif daripada Tuan Yang Terutama Tun dan semua jemputan yang hadir.

Sumber : Seksyen Urusetia & Tugas-tugas Khas

Tarikh Kemaskini : 5 Februari 2014