1 ICU

1 ICU
1 Hati 1 Fikiran 1 Tindakan.

Piagam Pelanggan

Piagam Pelanggan
Janji ICU JPM.

Direktori Pegawai

Direktori Pegawai
Maklumat Pegawai.

Tender / Sebutharga

Tender / Sebutharga
Muat Turun Borang.

MAJLIS PELANCARAN DAN KURSUS INDUKSI PROGRAM TUNAS MEKAR SESI 2012 / 2013 PADA 26 DISEMBER 2012

TUNAS MEKAR TUNAS MEKAR TUNAS MEKAR TUNAS MEKAR TUNAS MEKAR TUNAS MEKAR

Pada 26 Disember 2012, Seksyen Kesejahteraan Rakyat, Pejabat Pembangunan Persekutuan Pulau Pinang dengan kerjasama UiTM Cawangan Pulau Pinang telah mengadakan Majlis Pelancaran dan Kursus Induksi Program Tunas Mekar Sesi 2012 / 2013 bertempat di Safira Country Club, Seberang Jaya. Program ini telah disempurnakan oleh YBrs. Prof Madya Dr. Jamalunlaili bin Abdullah, Pengarah Pembangunan Modal Insan dan Keusahawanan, Institut Tunas Mekar Tun Abdullah Ahmad Badawi, UiTM Shah Alam. Turut hadir ke majlis ini ialah Tuan Abdul Aziz bin Ashaari, Timbalan Pegawai Kemajuan Negeri Pulau Pinang, Ketua-ketua Jabatan Persekutuan yang bertindak selaku Panel Penasihat serta wakil daripada institusi perbankan dan agensi pemberi bantuan. Program ini bertujuan memberi peluang kepada graduan lepasan universiti yang berminat menceburi bidang perniagaan atau keusahawanan serta mempelajari selok-belok perniagaan daripada usahawan atau pengusaha yang telah berjaya dalam pelbagai bidang perniagaan. Program ini telah dirangka secara bersepadu yang turut melibatkan pelbagai jabatan dan agensi Kerajaan yang berperanan sebagai panel penasihat dalam membimbing dan membantu graduan menjadi usahawan yang berjaya. Graduan yang dipadankan dengan pengusaha yang terpilih akan mendapat manfaat melalui pengalaman dan latihan praktikal sebagai persediaan sebelum menceburkan diri dalam dunia perniagaan. Antara bidang-bidang yang diberi tumpuan di bawah program ini termasuklah bidang pengurusan industri, pengurusan pengeluaran, pengurusan kewangan, rekabentuk produk, pembungkusan, pemasaran, teknologi pemakanan, teknologi pengeluaran, penjenamaan dan kawalan kualiti. Seramai 31 orang pelajar telah terpilih untuk menyertai program Tunas Mekar Sesi 2012 / 2013.

Sumber : Seksyen Kesejahteraan Rakyat

Tarikh Kemaskini : 26 Disember 2012