1 ICU

1 ICU
1 Hati 1 Fikiran 1 Tindakan.

Piagam Pelanggan

Piagam Pelanggan
Janji ICU JPM.

Direktori Pegawai

Direktori Pegawai
Maklumat Pegawai.

Tender / Sebutharga

Tender / Sebutharga
Muat Turun Borang.

LAWATAN RASMI YABHG. DATIN PADUKA SERI ROSMAH MANSOR, ISTERI YAB PERDANA MENTERI KE PULAU PINANG PADA 18 DISEMBER 2012

LAWATAN YAB PM LAWATAN YAB PM LAWATAN YAB PM LAWATAN YAB PM LAWATAN YAB PM LAWATAN YAB PM LAWATAN YAB PM LAWATAN YAB PM LAWATAN YAB PM

Pada 18 Disember 2012, satu lawatan rasmi oleh isteri Perdana Menteri Malaysia, YABhg. Datin Paduka Seri Rosmah Mansor telah diadakan ke negeri Pulau Pinang. Beliu tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas, Pulau Pinang pada jam 3.30 petang. Sejurus ketibaan beliau, rombongan bergerak ke Persatuan Kanak-Kanak Cerebral Palsy (Spastik) Pulau Pinang di mana beliu mengadakan perjumpaan bersama kanak-kanak spastik di pusat jagaan berkenaan dan menyampaikan sumbangan Kerajaan Persekutuan berjumlah RM 20,000.00. YABhg. Datin Paduka Seri Rosmah Mansor juga telah diberi taklimat mengenai aktiviti pusat berkenaan selain daripada dihiburkan dengan persembahan oleh kanak-kanak spastik pusat jagaan tersebut. Seterusnya rombongan bergerak ke Masjid Negeri Pulau Pinang untuk solat Asar dan bacaan tahlil ringkas. Selepas majlis tahlil, beliau menyampaikan sumbangan ikhlas kepada anak-anak yatim dan sumbangan berjumlah RM 20,000.00 oleh Kerajaan Persekutuan kepada Persekutuan Anak-Anak Yatim Pulau Pinang. Lawatan tamat pada 5.30 petang dan YABhg. Datin Paduka Seri Rosmah Mansor bertolak pulang ke Kuala Lumpur pada jam 5.45 petang.

Sumber : Seksyen Pembangunan Masyarakat Institusi

Tarikh Kemaskini : 24 Disember 2012