1 ICU

1 ICU
1 Hati 1 Fikiran 1 Tindakan.

Piagam Pelanggan

Piagam Pelanggan
Janji ICU JPM.

Direktori Pegawai

Direktori Pegawai
Maklumat Pegawai.

Tender / Sebutharga

Tender / Sebutharga
Muat Turun Borang.

MAJLIS PENYERAHAN BANTUAN PROGRAM PENINGKATAN PENDAPATAN PADA 16 DISEMBER 2012

PROGRAM TAN SRI NOR PROGRAM TAN SRI NOR PROGRAM TAN SRI NOR PROGRAM TAN SRI NOR PROGRAM TAN SRI NOR PROGRAM TAN SRI NOR PROGRAM TAN SRI NOR PROGRAM TAN SRI NOR PROGRAM TAN SRI NOR PROGRAM TAN SRI NOR

 

Majlis Penyerahan Bantuan Peningkatan Pendapatan (Bantuan Mesin Jahit) kepada 14 orang Ibu Tunggal dan penyerahan bantuan dividen Projek Ternakan Lembu Felcra kepada 10 KIR eKasih telah diadakan pada 16 Disember 2012 (Ahad) bertempat di Taman Rekreasi Pantai Robina, Teluk Ayer Tawar, Butterworth, Seberang Perai Utara. Majlis telah dirasmikan oleh YB Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, Menteri di Jabatan Perdana Menteri merangkap Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Pulau Pinang.

 

Majlis ini turut dihadiri oleh YB. Tuan Haji Sr Muhamad Farid bin Saad, (ADUN Pulau Betong), YB Dato’ Hajah Jahara binti Hamid (ADUN Teluk Ayer Tawar), YBhg. Dato’ Supiah Bt Mohd Yusof (Penasihat Menteri di Jabatan Perdana Menteri), En. Kamarul Ariffin bin Ujang (Pengarah Pengagihan, Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri),Tuan Haji Saringat Bin Haji Hassan (Pengurus Besar PERDA), En. Azman bin Ibrahim (Pengarah Bahagian Penyelarasan Penyertaan Bumiputera Pulau Pinang), Tuan Syed Shaari bin Syed Abdullah (Timbalan Pegawai Kemajuan Negeri I), En. Abdul Aziz bin Ashaari (Timbalan Pegawai Kemajuan Negeri II), Pegawai-pegawai Kanan dari Pejabat Pembangunan Persekutuan Pulau Pinang, Pegawai Kanan Bahagian Penyelarasan Penyertaan Bumiputera Pulau Pinang dan Pegawai Kanan Kementerian Kemajuan Luar Bandar & Wilayah (KKLW). 14 penerima bantuan mesin jahit biasa dan mesin jahit tepi di bawah peruntukan Kementerian Kemajuan Luar Bandar & Wilayah (KKLW) merupakan peserta yang telah menamatkan Kursus Jahitan anjuran Universiti Sains Malaysia. Manakala 10 KIR eKasih yang menerima agihan dividen daripada Felcra Berhad dipilih daripada senarai KIR yang mempunyai tanggungan yang ramai dan masih bersekolah.

 

Sumber : Seksyen Kesejahteraan Rakyat

Tarikh Kemaskini : 16 Disember 2012

Majlis Penyerahan Bantuan Peningkatan Pendapatan (Bantuan Mesin Jahit) kepada 14 orang Ibu Tunggal dan penyerahan bantuan dividen Projek Ternakan Lembu Felcra kepada 10 KIR eKasih telah diadakan pada 16 Disember 2012 (Ahad) bertempat di Taman Rekreasi Pantai Robina, Teluk Ayer Tawar, Butterworth, Seberang Perai Utara. Majlis telah dirasmikan oleh YB Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, Menteri di Jabatan Perdana Menteri merangkap Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Pulau Pinang. Majlis ini turut dihadiri oleh YB. Tuan Haji Sr Muhamad Farid bin Saad, (ADUN Pulau Betong), YB Dato’ Hajah Jahara binti Hamid (ADUN Teluk Ayer Tawar), YBhg. Dato’ Supiah Bt Mohd Yusof (Penasihat Menteri di Jabatan Perdana Menteri), En. Kamarul Ariffin bin Ujang (Pengarah Pengagihan, Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri),Tuan Haji Saringat Bin Haji Hassan (Pengurus Besar PERDA), En. Azman bin Ibrahim (Pengarah Bahagian Penyelarasan Penyertaan Bumiputera Pulau Pinang), Tuan Syed Shaari bin Syed Abdullah (Timbalan Pegawai Kemajuan Negeri I), En. Abdul Aziz bin Ashaari (Timbalan Pegawai Kemajuan Negeri II), Pegawai-pegawai Kanan dari Pejabat Pembangunan Persekutuan Pulau Pinang, Pegawai Kanan Bahagian Penyelarasan Penyertaan Bumiputera Pulau Pinang dan Pegawai Kanan Kementerian Kemajuan Luar Bandar & Wilayah (KKLW). 14 penerima bantuan mesin jahit biasa dan mesin jahit tepi di bawah peruntukan Kementerian Kemajuan Luar Bandar & Wilayah (KKLW) merupakan peserta yang telah menamatkan Kursus Jahitan anjuran Universiti Sains Malaysia. Manakala 10 KIR eKasih yang menerima agihan dividen daripada Felcra Berhad dipilih daripada senarai KIR yang mempunyai tanggungan yang ramai dan masih bersekolah.