1 ICU

1 ICU
1 Hati 1 Fikiran 1 Tindakan.

Piagam Pelanggan

Piagam Pelanggan
Janji ICU JPM.

Direktori Pegawai

Direktori Pegawai
Maklumat Pegawai.

Tender / Sebutharga

Tender / Sebutharga
Muat Turun Borang.

SHOWCASE SATU DAERAH SATU INDUSTRI (SDSI) PERINGKAT NASIONAL PADA 7 HINGGA 9 DISEMBER 2012

SDSI SDSI SDSI SDSI SDSI SDSI SDSI SDSI SDSI SDSI

 

Showcase SDSI Peringkat Nasional tahun 2012 yang diadakan di MITC, Melaka merupakan acara tahunan yang dianjurkan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa & Industri (MITI) dan disertai oleh semua negeri termasuk agensi-agensi yang terlibat dengan pembangunan keusahawanan khususnya program SDSI. Showcase ini telah diadakan selama 3 hari bermula 7 hingga 9 Disember 2012. Jawatankuasa SDSI Peringkat Negeri Pulau Pinang yang dianggotai oleh Pejabat Pembangunan Persekutuan Pulau Pinang, Lembaga Kemajuan Wilayah Negeri Pulau Pinang (PERDA), Bahagian Penyelarasan Penyertaan Bumiputra Pulau Pinang, MARA, FAMA, Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Pulau Pinang, Jabatan Pertanian Negeri Pulau Pinang dan LKIM Pulau Pinang telah bersetuju untuk menghantar 15 usahawan SDSI daripada pelbagai latar belakang perniagaan untuk menyertai showcase kali ini.

 

Usahawan yang terlibat ialah Jeruk Pak Latif Enterprise (Jeruk), Ainasari Enterprise (Keropok Lekor), Nafisah Food Industry (Frozen Food), Uzai Corporation Sdn Bhd (Serbuk Pencuci), Tropica Bioherbs Industries Enterprise (Produk Kesihatan), Pucuk Rebung Enterprise (Batik), Jati Indah Enterprise (Perabot), Jago (Capal), Perniagaan Terang Bulan (Kopi), Ainaz Food Processing (Kuih Pau / Karipap), AZF Consultancy (Urut Refleksologi), ABM Zulaikha (Songkok), Hizzha Enterprise (Kerepek Bayam / Kerepek Kadok), Perniagaan Fajar Menyinsing (Kopi) dan Syarikat Hang Tuah Sdn Bhd (Kopi). Showcase kali ini telah dirasmikan oleh YB Dato’ Sri Mustapa Mohamed, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri pada 8 Disember 2012 manakala Majlis Perasmian Penutupan pula telah disempurnakan oleh Ketua Menteri Melaka, YAB. Datuk Seri Hj. Mohd. Ali bin Mohd Rustam pada 9 Disember 2012. Sepanjang program berlangsung, para usahawan berpeluang mempromosi dan memasarkan produk masing-masing dengan lebih meluas di samping mewujudkan jaringan kerjasama baru dengan pelbagai pihak. Showcase ini turut menerima kunjungan daripada pelbagai lapisan masyarakat dari seluruh negara yang ingin melihat dengan lebih dekat produk yang dihasilkan oleh usahawan tempatan. Secara keseluruhan, Negeri Pulau Pinang berjaya mencatatkan jumlah jualan produk sebanyak RM 101,174.00.

 

Sumber : Seksyen Kesejahteraan Rakyat

Tarikh Kemaskini : 10 Disember 2012

Showcase SDSI Peringkat Nasional tahun 2012 yang diadakan di MITC, Melaka merupakan acara tahunan yang dianjurkan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa & Industri (MITI) dan disertai oleh semua negeri termasuk agensi-agensi yang terlibat dengan pembangunan keusahawanan khususnya program SDSI. Showcase ini telah diadakan selama 3 hari bermula 7 hingga 9 Disember 2012. Jawatankuasa SDSI Peringkat Negeri Pulau Pinang yang dianggotai oleh Pejabat Pembangunan Persekutuan Pulau Pinang, Lembaga Kemajuan Wilayah Negeri Pulau Pinang (PERDA), Bahagian Penyelarasan Penyertaan Bumiputra Pulau Pinang, MARA, FAMA, Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Pulau Pinang, Jabatan Pertanian Negeri Pulau Pinang dan LKIM Pulau Pinang telah bersetuju untuk menghantar 15 usahawan SDSI daripada pelbagai latar belakang perniagaan untuk menyertai showcase kali ini. Usahawan yang terlibat ialah Jeruk Pak Latif Enterprise (Jeruk), Ainasari Enterprise (Keropok Lekor), Nafisah Food Industry (Frozen Food), Uzai Corporation Sdn Bhd (Serbuk Pencuci), Tropica Bioherbs Industries Enterprise (Produk Kesihatan), Pucuk Rebung Enterprise (Batik), Jati Indah Enterprise (Perabot), Jago (Capal), Perniagaan Terang Bulan (Kopi), Ainaz Food Processing (Kuih Pau / Karipap), AZF Consultancy (Urut Refleksologi), ABM Zulaikha (Songkok), Hizzha Enterprise (Kerepek Bayam / Kerepek Kadok), Perniagaan Fajar Menyinsing (Kopi) dan Syarikat Hang Tuah Sdn Bhd (Kopi). Showcase kali ini telah dirasmikan oleh YB Dato’ Sri Mustapa Mohamed, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri pada 8 Disember 2012 manakala Majlis Perasmian Penutupan pula telah disempurnakan oleh Ketua Menteri Melaka, YAB. Datuk Seri Hj. Mohd. Ali bin Mohd Rustam pada 9 Disember 2012. Sepanjang program berlangsung, para usahawan berpeluang mempromosi dan memasarkan produk masing-masing dengan lebih meluas di samping mewujudkan jaringan kerjasama baru dengan pelbagai pihak. Showcase ini turut menerima kunjungan daripada pelbagai lapisan masyarakat dari seluruh negara yang ingin melihat dengan lebih dekat produk yang dihasilkan oleh usahawan tempatan. Secara keseluruhan, Negeri Pulau Pinang berjaya mencatatkan jumlah jualan produk sebanyak RM 101,174.00.