1 ICU

1 ICU
1 Hati 1 Fikiran 1 Tindakan.

Piagam Pelanggan

Piagam Pelanggan
Janji ICU JPM.

Direktori Pegawai

Direktori Pegawai
Maklumat Pegawai.

Tender / Sebutharga

Tender / Sebutharga
Muat Turun Borang.

PROGRAM JELAJAH JANJI DI TEPATI DI PADANG KAWAD, USM, PULAU PINANG PADA 8 DISEMBER 2012

JJD JJD JJD JJD JJD JJD JJD JJD JJD JJD

Pada 8 Disember 2012, satu Program Jelajah Janji Di tepati (JJD) telah diadakan di Padang Kawad, Universiti Sains Malaysia (USM) Pulau Pinang. Program ini telah di lancarkan oleh YAB Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia. Antara kenamaan yang hadir ke program ini ialah YABhg. Tun Abdullah Ahmad Badawi, Mantan Perdana Menteri Malaysia, Dato' Sri Dr. Jamaluddin Mohd Jarjis, YB Senator Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, YB Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, YBhg. Datuk Hj. Shukry Mohd. Salleh, Ketua Pengarah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM), YBhg. Datuk Nik Ali Bin Mat Yunus, Pegawai Kemajuan Negeri Pulau Pinang, Encik Teng Chang Yeow, Pengerusi Panel Penasihat Pelaksanaan Projek Persekutuan dan Ketua-ketua jabatan persekutuan negeri Pulau Pinang. Setibanya YAB Perdana Menteri ke USM, beliau telah di sambut oleh kira-kira 30 ribu orang rakyat Pulau Pinang yang mula memenuhi Padang Kawad, USM sejak pukul 7.00 pagi lagi. Majlis telah dimulai dengan ucapan aluan oleh Encik Teng Chang Yeow dan seterusnya di ikuti oleh ucapan perasmian oleh YAB Perdana Menteri. Dalam program ini, YAB Perdana Menteri turut meluangkan masa untuk melawat gerai pameran Pejabat Pembangunan Persekutuan Pulau Pinang (PPPPP) dan menyampaikan sumbangan sewa rumah kepada Encik Lee Gim Hock dan Puan Eswari AP MariMuthu. Seterusnya YAB Perdana Menteri turut berkesempatan melawat gerai pameran agensi lain seperti Kementerian Kewangan (MOF), Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Universiti Sains Malaysia (USM), Perumahan Rakyat Satu Malaysia (PR1MA) dan lain-lain.

Sumber : Seksyen Pembangunan Masyarakat Institusi

Tarikh Kemaskini : 10 Disember 2012