1 ICU

1 ICU
1 Hati 1 Fikiran 1 Tindakan.

Piagam Pelanggan

Piagam Pelanggan
Janji ICU JPM.

Direktori Pegawai

Direktori Pegawai
Maklumat Pegawai.

Tender / Sebutharga

Tender / Sebutharga
Muat Turun Borang.

MAJLIS JALINAN MESRA DAN IFTAR RAMADHAN SERTA PENYAMPAIAN AMANAT BERSAMA KETUA PENGARAH ICU JPM PADA 3 OGOS 2012

Majlis Iftar Ramadhan Majlis Iftar Ramadhan Majlis Iftar Ramadhan Majlis Iftar Ramadhan Majlis Iftar Ramadhan Majlis Iftar Ramadhan Majlis Iftar Ramadhan Majlis Iftar Ramadhan Majlis Iftar Ramadhan Majlis Iftar Ramadhan

 

Pada 3 Ogos 2012, satu Majlis Jalinan Mesra Dan Iftar Ramadhan Serta Penyampaian Amanat bersama YBhg. Datuk Hj. Shukry Mohd. salleh, Ketua Pengarah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM) telah diadakan di Perkarangan Menara Boustead, Pejabat Pembangunan Persekutuan Pulau Pinang. Majlis ini telah dianjurkan oleh Pejabat Pembangunan Persekutuan Pulau Pinang yang diketuai oleh YBhg. Datuk Nik Ali Bin Mat Yunus selaku tuan rumah. Turut Hadir ialah Y.Bhg. Dato' Ahmad Zaki Ansore Mohd Yusof, timbalan Ketua Pengarah ICU JPM, YBhg. Datuk Hj. Azmi Lateh, Pengarah Pejabat Pembangunan Negeri Kedah, YBhg. Dato' Makhtar Mustapha, Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan Kelantan, Tuan Hj. Saringat Hj. Hassan, Pengurus Besar PERDA serta semua warga Pejabat Pembangunan Persekutuan Pulau Pinang. Antara pengisian majlis ini ialah sesi bergambar bersama Ketua Pengarah ICU JPM, penyampaian amanat Ketua Pengarah ICU JPM dan majlis berbuka puasa warga PPPPP bersama Ketua Pengarah ICU JPM. Majlis ini berakhir selepas selesai solat sunat terawih yang telah di imamkan oleh YBhg. Dato' Makhtar Mustapha, Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan Kelantan.

 

Sumber : Seksyen Khidmat Pengurusan

Tarikh Kemaskini : 7 Ogos 2012

Pada 3 Ogos 2012, satu Majlis Jalinan Mesra Dan Iftar Ramadhan Serta Penyampaian Amanat bersama YBhg. Datuk Hj. Shukry Mohd. salleh, Ketua Pengarah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM) telah diadakan di Perkarangan Menara Boustead, Pejabat Pembangunan Persekutuan Pulau Pinang. Majlis ini telah dianjurkan oleh Pejabat Pembangunan Persekutuan Pulau Pinang yang diketuai oleh YBhg. Datuk Nik Ali Bin Mat Yunus selaku tuan rumah. Turut Hadir ialah Y.Bhg. Dato' Ahmad Zaki Ansore Mohd Yusof, timbalan Ketua Pengarah ICU JPM, YBhg. Datuk Hj. Azmi Lateh, pengarah Pejabat Pembangunan Negeri Kedah, YBhg. Dato' Makhtar Mustapha, Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan Kelantan, Tuan Hj. Saringat Hj. Hassan, Pengurus Besar PERDA serta semua warga Pejabat Pembangunan Persekutuan Pulau Pinang. Antara pengisian majlis ini ialah sesi bergambar bersama Ketua Pengarah ICU JPm, penyampaian amanat Ketua Pengarah ICU JPM dan majlis berbuka puasa warga PPPPP bersama Ketua Pengarah ICU JPM. Majlis ini berakhir selepas selesai solat sunat terawih yang telah di imamkan oleh YBhg. Dato' Makhtar Mustapha, Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan Kelantan.