1 ICU

1 ICU
1 Hati 1 Fikiran 1 Tindakan.

Piagam Pelanggan

Piagam Pelanggan
Janji ICU JPM.

Direktori Pegawai

Direktori Pegawai
Maklumat Pegawai.

Tender / Sebutharga

Tender / Sebutharga
Muat Turun Borang.

MAJLIS PENYERAHAN SUMBANGAN KEPADA 70 BUAH RUMAH HIJAU PADA 25 JULAI 2012

Rumah Hijau Rumah Hijau Rumah Hijau Rumah Hijau Rumah Hijau Rumah Hijau Rumah Hijau Rumah Hijau Rumah Hijau Rumah Hijau

 

25 Julai 2012, Rabu - Majlis Penyerahan Sumbangan Kepada 70 Buah Rumah Hijau telah diadakan di Kawasan Rumah Hijau Bagan Butterworth. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh YBhg Datuk Nik Ali bin Mat Yunus, Pegawai Kemajuan Negeri Pulau Pinang. Majlis penyerahan sumbangan tersebut diadakan bagi merealisasikan janji YAB Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Haji Muhyiddin bin Mohd Yassin semasa Lawatan Turun Padang beliau ke Parlimen Bagan pada 16 Jun 2012. Majlis tersebut turut dihadiri oleh Penyelaras Parlimen Bagan, Encik David Chua Teik Siang, Penyelaras DUN Sungai Puyu, Encik Sum Yoo Keong, pegawai-pegawai dari Pejabat Pembangunan Persekutuan Pulau Pinang serta penduduk kawasan rumah hijau. Sumbangan bagi membantu membaiki 70 buah rumah hijau Bagan itu disalurkan kepada dua buah badan bukan kerajaan iaitu Pertubuhan Kebajikan Islam Komuniti Bagan sebanyak RM100,000.00 dan Gerakan Belia 4B Cawangan Butterworth sebanyak RM40,000.00 untuk dilaksankan secara gotong royong.

 

Setelah upacara penyampaian sumbangan selesai, YBhg Datuk Nik Ali bin Mat Yunus serta tetamu jemputan telah mengadakan lawatan ke Kawasan Rumah Hijau bagi melihat dengan lebih dekat masalah yang dihadapi oleh penduduk. Semasa lawatan tersebut juga, YBhg Datuk Nik Ali bin Mat Yunus telah menyempurnakan upacara simbolik pelaksanaan projek bersama dengan pemimpin-pemimpin persekutuan tempatan dan penduduk rumah hijau. Pengerusi Persatuan Penduduk Rumah Hijau, Encik Sim Seang Kwang turut merakamkan ucapan terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan terutamanya kepada YAB Timbalan Perdana Menteri kerana prihatin terhadap masalah yang dihadapi penduduk di kawasan rumah hijau. Beliau juga berharap supaya dengan sumbangan yang diberikan dapat membantu meringankan beban penduduk rumah hijau terutamanya menjelang Aidilfitri.

 

Sumber : Seksyen Projek Khas

Tarikh Kemaskini : 31 julai 2012

25 Julai 2012, Rabu - Majlis Penyerahan Sumbangan Kepada 70 Buah Rumah Hijau telah diadakan di Kawasan Rumah Hijau Bagan Butterworth. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh YBhg Datuk Nik Ali bin Mat Yunus, Pegawai Kemajuan Negeri Pulau Pinang. Majlis penyerahan sumbangan tersebut diadakan bagi merealisasikan janji YAB Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Haji Muhyiddin bin Mohd Yassin semasa Lawatan Turun Padang beliau ke Parlimen Bagan pada 16 Jun 2012. Majlis tersebut turut dihadiri oleh Penyelaras Parlimen Bagan, Encik David Chua Teik Siang, Penyelaras DUN Sungai Puyu, Encik Sum Yoo Keong, pegawai-pegawai dari Pejabat Pembangunan Persekutuan Pulau Pinang serta penduduk kawasan rumah hijau. Sumbangan bagi membantu membaiki 70 buah rumah hijau Bagan itu disalurkan kepada dua buah badan bukan kerajaan iaitu Pertubuhan Kebajikan Islam Komuniti Bagan sebanyak RM100,000.00 dan Gerakan Belia 4B Cawangan Butterworth sebanyak RM40,000.00 untuk dilaksankan secara gotong royong. Setelah upacara penyampaian sumbangan selesai, YBhg Datuk Nik Ali bin Mat Yunus serta tetamu jemputan telah mengadakan lawatan ke Kawasan Rumah Hijau bagi melihat dengan lebih dekat masalah yang dihadapi oleh penduduk. Semasa lawatan tersebut juga, YBhg Datuk Nik Ali bin Mat Yunus telah menyempurnakan upacara simbolik pelaksanaan projek bersama dengan pemimpin-pemimpin persekutuan tempatan dan penduduk rumah hijau. Pengerusi Persatuan Penduduk Rumah Hijau, Encik Sim Seang Kwang turut merakamkan ucapan terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan terutamanya kepada YAB Timbalan Perdana Menteri kerana prihatin terhadap masalah yang dihadapi penduduk di kawasan rumah hijau. Beliau juga berharap supaya dengan sumbangan yang diberikan dapat membantu meringankan beban penduduk rumah hijau terutamanya menjelang Aidilfitri.