1 ICU

1 ICU
1 Hati 1 Fikiran 1 Tindakan.

Piagam Pelanggan

Piagam Pelanggan
Janji ICU JPM.

Direktori Pegawai

Direktori Pegawai
Maklumat Pegawai.

Tender / Sebutharga

Tender / Sebutharga
Muat Turun Borang.

MAJLIS PELANCARAN KIBAR JALUR GEMILANG PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG PADA 17 JULAI 2012

Jalur Gemilang Jalur Gemilang Jalur Gemilang Jalur Gemilang Jalur Gemilang Jalur Gemilang Jalur Gemilang Jalur Gemilang Jalur Gemilang Jalur Gemilang

 

Pada 17 Julai 2012 jam 8.30 malam telah diadakan Majlis Pelancaran Kibar Jalur Gemilang Peringkat Negeri Pulau Pinang di Padang Kawad, Universiti Sains Malaysia (USM) Pulau Pinang. Bertemakan 55 Tahun Merdeka, Janji Ditepati, majlis ini dirasmikan oleh YB Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, Menteri di Jabatan Perdana Menteri merangkap Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Pulau Pinang (MTPNg). Acara rasmi Kerajaan Persekutuan ini telah dijalankan secara serentak di seluruh Negara sebagai tanda bermulanya kemeriahan mengibar Jalur Gemilang sempena Sambutan Ulang Tahun Kemerdekaan ke-55 tahun 2012. Pada majlis yang sama, YB Tan Sri Nor Mohamed Yakcop turut menyampaikan perutusan YAB Perdana Menteri dan menyerahkan jalur gemilang kepada wakil agensi mengikut 5 (lima) kategori iaitu, Kategori Agensi Keselamatan & Penguatkuasaan yang diwakili oleh YDH Dato’ Wira Ayub Bin Haji Yaakob, Ketua Polis Pulau Pinang, kategori Agensi Ekonomi & Perniagaan yang diwakili oleh Y.Bhg Dato’ Zulkifli bin Yahya, Pengarah Kastam Negeri Pulau Pinang, kategori Agensi Pembangunan Sosial dan Kemasyarakatan yang diwakili oleh Tuan Haji Ishak bin Abdullah, Pengarah Penerangan Negeri Pulau Pinang, kategori Agensi Perkhidmatan Kesihatan & Perubatan, diwakili oleh Y.Bhg Dr. Lailanor bin Haji Ibrahim, Pengarah Kesihatan Negeri Pulau Pinang, kategori Agensi Pelajaran & Pendidikan diwakili oleh Y.Bhg Prof. Dato’ See Ching Mey Timbalan Naib Canselor, Jaringan Industri dan Masyarakat, Universiti Sains Malaysia.

 

Majlis dimeriahkan dengan kehadiran hampir 4,000 orang termasuk jemputan daripada Jabatan-jabatan dan agensi persekutuan peringkat negeri, wakil media, pelajar dan orang awam. Pelbagai acara dilaksanakan sepanjang majlis termasuk upacara Menaikan Jalur Gemilang dengan Diiringi Koir Pejabat Pembangunan Pesekutuan Pulau Pinang dan pancaragam Batalion 2, Rejimen Askar Melayu Diraja, (2 RAMD) Sungai Ara, persembahan tarian oleh Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Pulau Pinang, persembahan pancaragaram dan bunga api. Hadirin turut dihiburkan dengan persembahan artis terkenal iaitu Black dan Moderate.

 

Sumber : Seksyen Pembangunan Masyarakat & Institusi

Tarikh Kemaskini : 23 julai 2012

Pada 17 Julai 2012 jam 8.30 telah diadakan Majlis Pelancaran Kibar Jalur Gemilang Peringkat Negeri Pulau Pinang di Padang Kawad, Universiti Sains Malaysia (USM) Pulau Pinang. Bertemakan 55 Tahun Merdeka, Janji Ditepati, majlis ini dirasmikan oleh YB Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, Menteri di Jabatan Perdana Menteri merangkap Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Pulau Pinang (MTPNg). Acara rasmi Kerajaan Persekutuan ini telah dijalankan secara serentak di seluruh Negara sebagai tanda bermulanya kemeriahan mengibar Jalur Gemilang sempena Sambutan Ulang Tahun Kemerdekaan ke-55 tahun 2012. Pada majlis yang sama, YB Tan Sri Nor Mohamed Yakcop turut menyampaikan perutusan YAB Perdana Menteri dan menyerahkan jalur gemilang kepada wakil agensi mengikut 5 (lima) kategori iaitu, Kategori Agensi Keselamatan & Penguatkuasaan yang diwakili oleh YDH Dato’ Wira Ayub Bin Haji Yaakob, Ketua Polis Pulau Pinang, kategori Agensi Ekonomi & Perniagaan yang diwakili oleh Y.Bhg Dato’ Zulkifli bin Yahya, Pengarah Kastam Negeri Pulau Pinang, kategori Agensi Pembangunan Sosial dan Kemasyarakatan yang diwakili oleh Tuan Haji Ishak bin Abdullah, Pengarah Penerangan Negeri Pulau Pinang, kategori Agensi Perkhidmatan Kesihatan & Perubatan, diwakili oleh Y.BHG Dr. Lailanor bin Haji Ibrahim, Pengarah Kesihatan Negeri Pulau Pinang, kategori Agensi Pelajaran & Pendidikan diwakili oleh Y.BHG Prof. Dato’ See Ching Mey Timbalan Naib Canselor, Jaringan Industri dan Masyarakat, Universiti Sains Malaysia. Majlis dimeriahkan dengan kehadiran hampir 4,000 orang termasuk jemputan daripada Jabatan-jabatan dan agensi persekutuan peringkat negeri, wakil media, pelajar dan orang awam. Pelbagai acara dilaksanakan sepanjang majlis termasuk upacara Menaikan Jalur Gemilang dengan Diiringi Koir Pejabat Pembangunan Pesekutuan Pulau Pinang dan pancaragam Batalion 2, Rejimen Askar Melayu Diraja, (2 RAMD) Sungai Ara, persembahan tarian oleh Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Pulau Pinang, persembahan pancaragaram dan bunga api. Hadirin turut dihiburkan dengan persembahan artis terkenal iaitu Black dan Moderate.