1 ICU

1 ICU
1 Hati 1 Fikiran 1 Tindakan.

Piagam Pelanggan

Piagam Pelanggan
Janji ICU JPM.

Direktori Pegawai

Direktori Pegawai
Maklumat Pegawai.

Tender / Sebutharga

Tender / Sebutharga
Muat Turun Borang.

KARNIVAL SUKAN ICU JPM 2012 PADA 30 JUN 2012

KARNIVAL SUKAN ICU JPM 2012 KARNIVAL SUKAN ICU JPM 2012 KARNIVAL SUKAN ICU JPM 2012 KARNIVAL SUKAN ICU JPM 2012 KARNIVAL SUKAN ICU JPM 2012 KARNIVAL SUKAN ICU JPM 2012 KARNIVAL SUKAN ICU JPM 2012 KARNIVAL SUKAN ICU JPM 2012 KARNIVAL SUKAN ICU JPM 2012 KARNIVAL SUKAN ICU JPM 2012 KARNIVAL SUKAN ICU JPM 2012 KARNIVAL SUKAN ICU JPM 2012 KARNIVAL SUKAN ICU JPM 2012 KARNIVAL SUKAN ICU JPM 2012 KARNIVAL SUKAN ICU JPM 2012

 

Pada 30 Jun 2012, Satu Karnival Sukan ICU JPM bagi tahun 2012 telah diadakan di Perda-Tech, Nibong Tebal. Sebanyak 14 Pejabat Pembangunan Negeri (SDO) telah menghantar kontijen masing-masing bagi mengambil bahagian di dalam 15 acara yang di pertandingkan. Pejabat Pembangunan Persekutuan Pulau Pinang yang diketuai oleh En Ibrahim Bin Yusoff selaku ketua kontijen telah menghantar 75 orang peserta untuk menyertai semua acara sukan. Pada hari pertama kejohanan, kesemua acara-acara utama telah di pertandingkan pada sebelah pagi dan bersambung sehingga petang. Pada sebelah malamnya pula, satu majlis makan malam telah di adakan di Dewan Besar Perda Tech. Majlis makan malam ini turut diserikan dengan pertandingan Raja Lawak yang disertai oleh ICU Zon Utara, ICU Zon Timur, ICU Zon Selatan, ICU Zon Tengah dan juga peserta dari PERDA.

 

Pada 1 Julai 2012, Karnival Sukan ICU JPM disambung kembali dengan bermulanya Majlis Perasmian yang di adakan di Padang Kawad, Perda-Tech. Semua Kontijen telah berarak masuk ke Padang Kawad sebelum Upacara Perasmian dimulakan. Upacara Perasmian Karnival Sukan ICU JPM 2012 telah disempurnakan oleh Y.Bhg Datuk Hj. Shukry Mohd. Salleh, Ketua Pengarah ICU JPM. Selepas Upacara perasmian, karnival Sukan ICU JPM diteruskan lagi dengan acara Sukan VVIP, perlawanan akhir Futsal Padang, Sepak Raga Bulatan dan Bola jaring. Karnival Sukan ICU JPM bagi tahun 2012 berakhir selepas Majlis Penyampaian Hadiah dan Upacara Penutup yang juga di sempurnakan oleh Y.Bhg Datuk Hj. Shukry Mohd. Salleh, Ketua Pengarah ICU JPM. Untuk rekod, Pejabat Pembangunan Persekutuan Pulau Pinang telah mengungguli acara-acara berikut:

 

1. Kejohanan Menembak Antara SDO-SDO (Tempat Kedua)

2. Futsal Padang (Johan)

3. Sepak Raga Bulatan (Tempat Kedua)

4. Pertandingan Raja Lawak (Tempat Kedua)

5. Congkak (Tempat Ketiga)

 

Sumber : Seksyen Pembangunan Masyarakat & Institusi

Tarikh Kemaskini : 2 Julai 2012

Pada 30 Jun 2012, Satu Karnival Sukan ICU JPM bagi tahun 2012 telah diadakan di Perda-Tech, Nibong Tebal. Sebanyak 14 Pejabat Pembangunan Negeri (SDO) telah menghantar kontijen masing-masing bagi mengambil bahagian di dalam 15 acara yang di pertandingkan. Pejabat Pembangunan Persekutuan Pulau Pinang yang diketuai oleh En Ibrahim Bin Yusoff selaku ketua kontijen telah menghantar 75 orang peserta untuk menyertai semua acara sukan. Pada hari pertama kejohanan, kesemua acara-acara utama telah di pertandingkan pada sebelah pagi dan bersambung sehingga petang. Pada sebelah malamnya pula, satu majlis makan malam telah di adakan di Dewan Besar Perda Tech. Majlis makan malam ini turut diserikan dengan pertandingan Raja Lawak yang disertai oleh ICU Zon Utara, ICU Zon Timur, ICU Zon Selatan, ICU Zon Tengah dan juga peserta dari PERDA. Pada 1 Julai 2012, Karnival Sukan ICU JPM disambung kembali dengan bermulanya Majlis Perasmian yang di adakan di Padang Kawad, Perda-Tech. Semua Kontijen telah berarak masuk ke Padang Kawad sebelum Upacara Perasmian dimulakan. Upacara Perasmian Karnival Sukan ICU JPM 2012 telah disempurnakan oleh Y.Bhg Datuk Hj. Shukry Mohd. Salleh, Ketua Pengarah ICU JPM. Selepas Upacara perasmian, karnival Sukan ICU JPM diteruskan lagi dengan acara Sukan VVIP, perlawanan akhir Futsal Padang, Sepak Raga Bulatan dan Bola jaring. Karnival Sukan ICU JPM bagi tahun 2012 berakhir selepas Majlis Penyampaian Hadiah dan Upacara Penutup yang juga di sempurnakan oleh Y.Bhg Datuk Hj. Shukry Mohd. Salleh, Ketua Pengarah ICU JPM.