1 ICU

1 ICU
1 Hati 1 Fikiran 1 Tindakan.

Piagam Pelanggan

Piagam Pelanggan
Janji ICU JPM.

Direktori Pegawai

Direktori Pegawai
Maklumat Pegawai.

Tender / Sebutharga

Tender / Sebutharga
Muat Turun Borang.

LAWATAN KERJA YAB TIMBALAN PERDANA MENTERI KE PULAU PINANG PADA 16 JUN 2012

Lawatan TPM Lawatan TPM Lawatan TPM Lawatan TPM Lawatan TPM Lawatan TPM Lawatan TPM Lawatan TPM Lawatan TPM Lawatan TPM

 

Pada 16 Jun 2012, YAB Tan Sri Dato' Hj Muhyiddin Hj Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia telah mengadakan satu lawatan kerja ke Pulau Pinang. Pada pukul 9.30 pagi, YAB Timbalan Perdana Menteri telah menghadiri Majlis Perjumpaan Bersama NGO-NGO Melayu di Dewan Tuanku Syed Putra, Universiti Sains Malaysia. Turut hadir ialah YB Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, YBhg. Datuk Nik Ali Bin Mat Yunus, Pegawai Kemajuan Negeri Pulau Pinang dan Profesor Dato’ Omar Osman, Naib Canselor Universiti Sains Malaysia. Dalam Perjumpaan ini, YAB Timbalan Perdana Menteri telah menyampaikan amanat penting kepada NGO-NGO melayu. Disamping itu NGO-NGO melayu turut dituntut supaya membantu kerajaan dalam menyampaikan Program Transformasi Negara yang di ilhamkan oleh YAB Perdana Menteri. Selepas itu, YAB Timbalan Perdana Menteri Bergerak ke Kawasan Perindustrian Bayan Lepas untuk bertemu dengan pekerja-pekerja industri dalam Majlis Perhimpunan Bersama Pekerja-pekerja Industri Pulau Pinang. Pertemuan ini diadakan di perkarangan kilang Western Digital (M) Sdn Bhd.

 

Pada sebelah petang pula, YAB Timbalan Perdana Menteri telah mengadakan lawatan kerja ke tapak pembinaan Jambatan Kedua Pulau Pinang di Batu Maung. Semasa di tapak pembinaan, beliau telah di berikan satu taklimat ringkas tentang status pelaksanaan pembinaan Jambatan Kedua Pulau Pinang oleh Tan Sri Dr. Sulaiman Mahbob, Pengerusi Jambatan Kedua Sdn Bhd (JKSB). Selepas itu, YAB Timbalan Perdana Menteri bergerak ke Butterworth bagi menghadiri Perhimpunan Semarak Kasih Rakyat yang di selaraskan oleh Penyelaras Parlimen Kawasan Bagan. Dalam Perhimpunan ini, beliau sempat beramah mesra dengan beberapa penduduk tempatan yang hadir dan mengambil bahagian dalam program santai bersama rakyat Bagan.

 

Sumber : Seksyen Pembangunan Masyarakat & Institusi

Tarikh Kemaskini : 18 Jun 2012

Pada 16 Jun 2012, YAB Tan Sri Dato' Hj Muhyiddin Hj Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia telah mengadakan satu lawatan kerja ke Pulau Pinang. Pada pukul 9.30 pagi, YAB Timbalan Perdana Menteri telah menghadiri Majlis Perjumpaan Bersama NGO-NGO Melayu di Dewan Tuanku Syed Putra, Universiti Sains Malaysia. Turut hadir ialah YB Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, YBhg. Datuk Nik Ali Bin Mat Yunus, Pegawai Kemajuan Negeri Pulau Pinang dan Profesor Dato’ Omar Osman, Naib Canselor Universiti Sains Malaysia. Dalam Perjumpaan ini, YAB Timbalan Perdana Menteri telah menyampaikan amanat penting kepada NGO-NGO melayu. Disamping itu NGO-NGO melayu turut dituntut supaya membantu kerajaan dalam menyampaikan Program Transformasi Negara yang di ilhamkan oleh YAB Perdana Menteri. Selepas itu, YAB Timbalan Perdana Menteri Bergerak ke Kawasan Perindustrian Bayan Lepas untuk Bertemu dengan pekerja-pekerja industri. Pertemuan ini diadakan di perkarangan kilang Western Digital (M) Sdn Bhd. Pada sebelah petang pula, YAB Timbalan Perdana Menteri telah mengadakan lawatan kerja ke tapak pembinaan Jambatan Kedua Pulau Pinang di Batu Maung. Semasa di tapak pembinaan, beliau telah di berikan satu taklimat ringkas tentang status pelaksanaan pembinaan Jambatan Kedua Pulau Pinang oleh Tan Sri Dr. Sulaiman Mahbob, Pengerusi Jambatan Kedua Sdn Bhd (JKSB). Selepas itu, YAB Timbalan Perdana Menteri bergerak ke Butterworth bagi menghadiri Perhimpunan Semarak Kasih Rakyat yang di selaraskan oleh Penyelaras Kawasan Bagan. Dalam Perhimpunan ini, beliau sempat beramah mesra dengan beberapa penduduk tempatan yang hadir dan mengambil bahagian dalam program santai bersama rakyat Bagan.