1 ICU

1 ICU
1 Hati 1 Fikiran 1 Tindakan.

Piagam Pelanggan

Piagam Pelanggan
Janji ICU JPM.

Direktori Pegawai

Direktori Pegawai
Maklumat Pegawai.

Tender / Sebutharga

Tender / Sebutharga
Muat Turun Borang.

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN PEJABAT PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN PULAU PINANG PADA 17 MEI 2012

Perhimpunan Bulanan Perhimpunan Bulanan Perhimpunan Bulanan Perhimpunan Bulanan Perhimpunan Bulanan Perhimpunan Bulanan Perhimpunan Bulanan Perhimpunan Bulanan Perhimpunan Bulanan Perhimpunan Bulanan

 

"...Pada hari ini iaitu tanggal 8 Mei 2012 merupakan HARI IBU bagi negara kita. Di kesempatan ini, saya menyeru agar kita semua menghormati ibu bapa kita samada yang masih hidup atau yang telah pergi meninggalkan kita. Dalam hal ini agama yang kita anuti iaitu agama Islam telah menggariskan beberapa cara untuk menghormati ibu bapa. Sekiranya ibu bapa kita masih hidup kita hendaklah beradab sopan seperti berlemah lembut, bergaul mesra dan menjaga perasaan mereka." Begitulah antara petikan ucapan daripada Y.bhg Datuk nik Ali Bin Mat Yunus, Pegawai Kemajuan Negeri Pulau Pinang sempena Perhimpunan Bulanan bagi Bulan Mei yang telah diadakan pada 17 Mei 2012 bertempat di Rumah Peranginan Persekutuan Jalan Scott, Pulau Pinang. Majlis Perhimpunan Bulanan pada kali ini diadakan bersempena dengan Sambutan Hari Ibu yang bertemakan ”Kasih Ibu Membawa Ke Syurga”. Selain itu juga, majlis pada kali ini.

 

Pada majlis kali ini juga diadakan diserikan dengan persembahan daripada Seksyen/Pejabat Zon serta penyampaian hadiah sempena Hari Ibu kepada warga kerja PPPPP. Selain itu juga, kejutan telah dibuat melalui penyampaian kek harijadi bersempena dengan tarikh ulangtahun Y. Bhg. Datuk Pegawai Kemajuan Negeri Pulau Pinang yang menyambut ulangtahun kelahiran pada 19 Mei. Pesanan kepada semua, marilah kita memberikan layanan dan belaian yang terbaik kepada ibu sementara mereka masih diberikan nyawa oleh Allah Swt. Tidak kurang ramainya diantara kita yang sering menyatakan kekesalan kerana tidak sempat membalas jasa ibu, tidak sempat itu dan ini dan ada juga ayat yang biasa digunakan menyatakan kekesalan ” kalaulah ibu masih hidup lagi….”. Jangan biarkan kekesalan itu terungkap di bibir kita kelak, apabila punya kesempatan sekarang gunakan sebaiknya untuk melakukan yang terbaik kepada ibu bermula sekarang.

 

Sumber : Seksyen Khidmat Pengurusan

Tarikh Kemaskini : 18 Mei 2012

"Pada hari ini iaitu tanggal 8 Mei 2012 merupakan HARI IBU bagi negara kita. Di kesempatan ini, saya menyeru agar kita semua menghormati ibu bapa kita samada yang masih hidup atau yang telah pergi meninggalkan kita. Dalam hal ini agama yang kita anuti iaitu agama Islam telah menggariskan beberapa cara untuk menghormati ibu bapa. Sekiranya ibu bapa kita masih hidup kita hendaklah beradab sopan seperti berlemah lembut, bergaul mesra dan menjaga perasaan mereka." Begitulah antara petikan ucapan daripada Y.bhg Datuk nik Ali Bin Mat Yunus, Pegawai Kemajuan Negeri Pulau Pinang sempena Perhimpunan Bulanan bagi Bulan Mei yang telah diadakan pada 17 Mei 2012 bertempat di Rumah Peranginan Persekutuan Jalan Scott, Pulau Pinang. Majlis Perhimpunan Bulanan pada kali ini diadakan bersempena dengan Sambutan Hari Ibu yang bertemakan ”Kasih Ibu Membawa Ke Syurga”. Selain itu juga, majlis pada kali ini. Pada majlis kali ini juga diadakan diserikan dengan persembahan daripada Seksyen/Pejabat Zon serta penyampaian hadiah sempena Hari Ibu kepada warga kerja PPPPP. Selain itu juga, kejutan telah dibuat melalui penyampaian kek harijadi bersempena dengan tarikh ulangtahun Y. Bhg. Datuk Pegawai Kemajuan Negeri Pulau Pinang yang menyambut ulangtahun kelahiran pada 19 Mei. Pesanan kepada semua, marilah kita memberikan layanan dan belaian yang terbaik kepada ibu sementara mereka masih diberikan nyawa oleh Allah Swt. Tidak kurang ramainya diantara kita yang sering menyatakan kekesalan kerana tidak sempat membalas jasa ibu, tidak sempat itu dan ini dan ada juga ayat yang biasa digunakan menyatakan kekesalan ” kalaulah ibu masih hidup lagi….”. Jangan biarkan kekesalan itu terungkap di bibir kita kelak, apabila punya kesempatan sekarang gunakan sebaiknya untuk melakukan yang terbaik kepada ibu bermula sekarang.