1 ICU

1 ICU
1 Hati 1 Fikiran 1 Tindakan.

Piagam Pelanggan

Piagam Pelanggan
Janji ICU JPM.

Direktori Pegawai

Direktori Pegawai
Maklumat Pegawai.

Tender / Sebutharga

Tender / Sebutharga
Muat Turun Borang.

MAJLIS PENYERAHAN CCSC GEORGETOWN DARIPADA ICU JPM KEPADA AADK PULAU PINANG PADA 15 MEI 2012

AADK Lorong Madras AADK Lorong Madras AADK Lorong Madras AADK Lorong Madras AADK Lorong Madras AADK Lorong Madras AADK Lorong Madras AADK Lorong Madras AADK Lorong Madras AADK Lorong Madras

 

Pada 15 Mei 2012, Atas kesedaran untuk berganding bahu untuk mencapai matlamat negara bebas dari dadah, Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Pulau Pinang melalui komitmen Pegawai Kemajuan Negeri, YBhg. Datuk Nik Ali bin Mat Yunus telah melaksanakan projek membaikpulih sebuah unit kuarters Persekutuan di Lorong Madras, Jalan Burmah untuk diserahkan kepada Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Pulau Pinang . Kuarters dinaiktaraf ini akan digunakan oleh AADK sebagai Pusat Khidmat Pulih & Prihatin (Cure & Care Service Centre) yang berfungsi sebagai pusat transit dan aktiviti bekas-bekas penagih yang telah pulih sebelum menyertai semula masyarakat. Majlis penyerahan bangunan siap ini telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Nik Ali bin Mat Yunus, Pegawai Kemajuan Negeri Pulau Pinang kepada YBhg. Puan Sri Dato┬┤ Zuraidah bt. Hj. Mohamed, Ketua Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan pada hari Selasa, 15 Mei 2012 di perkarangan Pusat Khidmat Pulih & Prihatin (CCSC) Georgetown. Turut memeriahkan majlis adalah Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan Pulau Pinang, Pn. Hjh. Siti Rohani bt. Ahmad, pegawai-pegawai AADK Pulau Pinang serta pegawai-pegawai Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Pulau Pinang.

 

Sumber : Seksyen Teknikal

Tarikh Kemaskini : 18 Mei 2012

Pada 15 Mei 2012, Georgetown - Atas kesedaran untuk berganding bahu untuk mencapai matlamat negara bebas dari dadah, Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Pulau Pinang melalui komitmen Pegawai Kemajuan Negeri, YBhg. Datuk Nik Ali bin Mat Yunus telah melaksanakan projek membaikpulih sebuah unit kuarters Persekutuan di Lorong Madras, Jalan Burmah untuk diserahkan kepada Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Pulau Pinang . Kuarters dinaiktaraf ini akan digunakan oleh AADK sebagai Pusat Khidmat Pulih & Prihatin (Cure & Care Service Centre) yang berfungsi sebagai pusat transit dan aktiviti bekas-bekas penagih yang telah pulih sebelum menyertai semula masyarakat. Majlis penyerahan bangunan siap ini telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Nik Ali bin Mat Yunus, Pegawai Kemajuan Negeri Pulau Pinang kepada YBhg. Puan Sri Dato┬┤ Zuraidah bt. Hj. Mohamed, Ketua Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan pada hari Selasa, 15 Mei 2012 di perkarangan Pusat Khidmat Pulih & Prihatin (CCSC) Georgetown. Turut memeriahkan majlis adalah Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan Pulau Pinang, Pn. Hjh. Siti Rohani bt. Ahmad, pegawai-pegawai AADK Pulau Pinang serta pegawai-pegawai Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Pulau Pinang.