1 ICU

1 ICU
1 Hati 1 Fikiran 1 Tindakan.

Piagam Pelanggan

Piagam Pelanggan
Janji ICU JPM.

Direktori Pegawai

Direktori Pegawai
Maklumat Pegawai.

Tender / Sebutharga

Tender / Sebutharga
Muat Turun Borang.

ANUGERAH DESA CEMERLANG PERINGKAT DAERAH TAHUN 2011 DAN PENYERAHAN ELAUN PENGERUSI & SETIAUSAHA JKKKP PULAU PINANG PADA 3 MEI 2012

Anugerah Desa Cemerlang Anugerah Desa Cemerlang Anugerah Desa Cemerlang Anugerah Desa Cemerlang Anugerah Desa Cemerlang Anugerah Desa Cemerlang Anugerah Desa Cemerlang Anugerah Desa Cemerlang Anugerah Desa Cemerlang Anugerah Desa Cemerlang

 

Pada 03 Mei 2012, Pejabat Pembangunan Persekutuan Pulau Pinang (PPPPP) bersama-sama Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Pulau Pinang telah mengadakan Majlis Anugerah Desa Cemerlang Peringkat Daerah Tahun 2011. Majlis ini telah diadakan di Hotel Seri Malaysia, Kepala Batas. Antara tetamu yang telah hadir pada majlis tersebut ialah Pegawai Kemajuan Negeri Pulau Pinang, YBhg Datuk Nik Ali Mat Yunus serta Penasihat Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW), YBhg Dato’ Zainal Abidin Osman dan majlis ini dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia ke -5, YABhg Tun Abdullah Ahmad Badawi. Majlis ini diadakan bertujuan untuk meraikan kampung di Negeri Pulau Pinang yang telah memenangi Anugerah Desa Cemerlang Peringkat Daerah Tahun 2011. Antara kampung yang telah memenangi anugerah ini ialah Kampung Sg. Duri bagi Daerah Seberang Perai Selatan, Kampung Mutiara bagi Daerah Timur Laut dan Kampung Air Melintas Besar bagi Daerah Seberang Perai Utara. Pada majlis yang sama, penyerahan elaun kepada Pengerusi dan Setiausaha JKKKP Negeri Pulau Pinang juga telah diadakan melibatkan seramai 242 penerima. Penyerahan ini telah disempurnakan oleh YBhg Dato’ Zainal Abidin Osman.

 

Sumber : Seksyen Pembangunan Masyarakat & Institusi

Tarikh Kemaskini : 7 Mei 2012

Pada 3 Mei 2012, Pejabat Pembangunan Persekutuan Pulau Pinang (PPPPP) bersama-sama Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Pulau Pinang telah mengadakan Majlis Anugerah Desa Cemerlang Peringkat Daerah Tahun 2011. Majlis ini telah diadakan di Hotel Seri Malaysia, Kepala Batas. Antara tetamu yang telah hadir pada majlis tersebut ialah Pegawai Kemajuan Negeri Pulau Pinang, YBhg Datuk Nik Ali Mat Yunus serta Penasihat Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW), YBhg Dato’ Zainal Abidin Osman dan majlis ini dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia ke -5, YABhg Tun Abdullah Ahmad Badawi. Majlis ini diadakan bertujuan untuk meraikan kampung di Negeri Pulau Pinang yang telah memenangi Anugerah Desa Cemerlang Peringkat Daerah Tahun 2011. Antara kampung yang telah memenangi anugerah ini ialah Kampung Sg. Duri bagi Daerah Seberang Perai Selatan, Kampung Mutiara bagi Daerah Timur Laut dan Kampung Air Melintas Besar bagi Daerah Seberang Perai Utara. Pada majlis yang sama, penyerahan elaun kepada Pengerusi dan Setiausaha JKKKP Negeri Pulau Pinang juga telah diadakan melibatkan seramai 242 penerima. Penyerahan ini telah disempurnakan oleh YBhg Dato’ Zainal Abidin Osman.